Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti tingkat kesedaran kesihatan mental

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Usaha terus dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental dan memberikan soko-ngan moral kepada rakan-rakan sebaya yang berhadapan dengan isu kesihatan mental.

    Ke arah itu, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), Gadong telah mengadakan Acara Kesedaran Mental selama tiga hari yang berlangsung di maktab berkenaan, baru-baru ini.

    Pada hari pertama acara berkenaan, Bahagian CCA telah mengadakan acara Amazing Race yang membawa tema Badan dan Minda Sihat untuk Kejayaan, yang diadakan di Gimnasium Maktab Duli.

    Acara perlumbaan itu melibatkan penyertaan daripada pelajar-pelajar menengah enam atas di mana mereka melaksanakan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh Kaunselor Maktab, Hajah Azizzah binti Haji Wahsalfelah.

    Para hari kedua, Bahagian Kaunseling telah mengendalikan hari kesedaran yang bermatlamat untuk memberikan sokongan moral kepada rakan-rakan sebaya yang berhadapan dengan isu kesihatan mental, menggalakkan mereka untuk mendapatkan bantu serta membimbing mereka melalui maklumat yang dikongsi pada acara itu.

    Pelbagai aktiviti dan pameran telah diadakan termasuk aktiviti menulis mesej daripada tutor dan pelajar-pelajar di atas kain rentang bagi Hari Kesedaran Mental.

    Sementara itu, pada hari ketiga, Unit Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan yang diketuai oleh salah seorang tenaga pengajar, Dayang Armacester binti Arshad telah mengadakan sesi ceramah dan aktiviti yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Unit Kesejahteraan Pemimpin dan Tenaga Pengajar (UKPSTP), Kementerian Pendidikan iaitu Awang Ahmad Faisal bin Haji Zainal Abidin, Awang Muhammad Azizul Amin bin Haji Bakar dan Hanisah Majidah binti Haji Ahmadiah.

    Hadir sama semasa kegiatan yang diadakan pada hari kedua dan ketiga ialah Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad, pasukan pengurusan kanan dan kaunselor maktab berkenaan.

    Dayangku Hajah Nooramaliatifah menyampaikan cenderamata kepada salah seorang penceramah jemputan. – Gambar serahan Maktab Duli
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda