Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Aktiviti tingkat kesedaran kesihatan warga emas

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Unit Kesihatan Warga Emas, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), Pekan Tutongtelah mengadakan aktiviti Stay Active Day bagi warga emas diDaerah Tutong.

    Aktiviti tersebut dibantu oleh pensyarah dan penuntut dariUniversiti Brunei Darussalam (UBD) dan turut disertai oleh seramai 60 orang ahli PKWE Daerah Tutong.

    Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan di bawah Program Kesihatan Warga Emas yang tujuan untuk meningkatkan kesedaran warga emas mengenai isu kesihatan seperti penyakit-penyakit tidak berjangkit, penyakit penuaan, amalan cara hidup sihat serta mempromosikan perkhidmatan kesihatan yang sedia ada.

    Di samping itu juga, ia bertujuan untuk memperkasa warga emas dalam mengamalkan cara hidup sihat secara berterusan.

    Selain itu, aktiviti yang diadakan pada sebelah pagi itu adalah untuk menyeru para warga emas bagi sama-sama terlibat dan mengikuti cabaran BN on the Move dengan menggunakan aplikasi BruHealth.

    Antara aktiviti-aktiviti yang dikendalikan ialah aktiviti berkumpulan bermula dengan aktiviti mencari pas naik di tempat tersembunyi.

    Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyelesaikan kesemua misi di kelima-lima stesen yang disediakan seperti menjawab kuiz mengenai maklumat kesihatan dan seterusnya menyelesaikan cabaran Seperti Pass The Ball, Build Up Tower, Walk Together, Take Care Of Me, dan Guess What I Did?.

    Antara kegiatan yang disertai oleh ahli PKWE Daerah Tutong semasa aktiviti Stay Active Day.- Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    Setiap aktiviti atau cabaran dilakukan mempunyai makna tersendiri, di mana ia menguji minda para peserta untuk fokus dengan maklumat yang disampaikan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...