Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktiviti walkaton SMPW erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 26 NOV – Lebih 200 pelajar, guru, ibu bapa dan penjaga Sekolah Menengah Perdana Wazir (SMPW) dapat menunjukkan dedikasi dan komitmen mereka untuk menjalani gaya hidup sihat semasa mereka menyertai walkaton sejauh 3 kilometer, baru-baru ini.

    Aktiviti tersebut bermula di kampus sekolah berkenaan yang terletak di Jalan Setia Pahlawan, Kuala Belait.

    Walkaton anjuran sekolah itu bukan hanya mempromosikan kesedaran kesihatan tetapi lebih penting untuk memupuk hubungan baik antara pelajar, guru, kakitangan, ahli persatuan ibu bapa dan guru, serta ibu bapa dan penjaga.

    Acara tersebut dimulakan dengan senaman Cardio Kickboxing Combat, diikuti acara walkaton yang diketuai oleh Timbalan Pengetua Akademik, Dayangku Normasdinahwati binti Pengiran Tejudin dan Timbalan Pengetua Pentadbiran, Hajah Dayang Siti Fatimah binti Haji Abang Zamhor.
    Sekembalinya, para peserta telah disambut oleh pelbagai peniaga makanan dan minuman untuk menyegarkan semula pelajar bagi aktiviti membina pasukan.

    Hari tersebut diakhiri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pegawai dari Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan (Cawangan Daerah Belait) sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan masyarakat.

    Guru dan pelajar-pelajar mengambil bahagian dalam walkaton berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MOHAMMAD ALIF BIN ABDULLAH SAYONG
    Antara gerai jualan yang disediakan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MOHAMMAD ALIF BIN ABDULLAH SAYONG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda