Sunday, July 27, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aktor Bollywood bercinta dengan model Malaysia

    Hubungan antara pelakon Bollywood, Ishaan Khatter bersama model asal Malaysia, Chandni Bainz menjadi sebutan ramai apabila mereka dilihat kerap meluangkan masa bersama.

    Meskipun tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-duanya, namun keakraban antara mereka menguatkan spekulasi wujud hubungan cinta, menurut laporan mStar.

    Bercakap soal privasi, Ishaan sebelum ini pernah berkongsi pendapat bahawa dia lebih selesa untuk tidak terlalu bercerita soal pasangan.

    Biarpun terbuka mempamerkan kemesraan, namun dia lebih selesa tumpuan hanya diberikan kepada perkembangan kerjaya.

    “Saya rasa sangat penting untuk menghormati privasi pasangan awda juga. Bila sesuatu itu baik untuk diri sendiri, saya mahu lindunginya. Itu naluri saya. Saya tidak mahu bersembunyi atau menipu atau apa-apa pun,” ujarnya.

    Tambah pelakon ini dia sedar sukar untuk mengawal mana-mana pihak merakam gambarnya ketika dia keluar bersama pasangan.

    “Saya tidak akan berhenti menjalani kehidupan saya. Saya tidak akan berhenti keluar makan sekiranya saya mahu, hidup harus diteruskan. Saya berlakon untuk kamera, tapi saya tak boleh hidup untuk kamera,” jelasnya. – Agensi

    Ishaan jaga privasi kekasih. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda