Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aku kembalikan janjiku

    Oleh NurulSyaifa

     

    KENAPA perlu mencari sesesuatu yang dah ada depan mata? Kenapa perlu berpaling? Aduh! Kenapa aku yang kena jalani semua ni? Aku bingung! sahabat? erti kata apa itu? Tak perlu ada sahabat jika begini jadinya. Ya, erti sahabat yang aku tanamkan dalam diri semuanya musnah hanya kerana orang ketiga. Sayang? sudahlah! jangan ditanya lagi. Semua itu sudah hilang. Apa lagi yang mahu dibahaskan, sedangkan kita tidak dapat menyangkal apa yang sudah terjadi. Ini semua sudah takdir yang Allah aturkan. Alhamdulillah sebab aku masih bernafas lagi di dunia ini. Terima kasih Ya Allah, Engkau beri aku peluang untuk merasai apa itu persahabatan.

    “Sya, kau menungkan apa tu? Aku panggil dari tadi tak menyahut pun.” Syahrina tersentak dari lamunanku. Huh! tak boleh tengok orang senang betullah. Ada sahaja benda yang nak di bahas. Dania mengerutkan dahinya. Entah apa yang di ngomel rakannya itu. “Aduh, kau ni Sya. Lupa ke yang kita ada janji dengan budak form 4.” Syahrina mengerutkan dahinya. Janji? janji apa pula? Dania sudah mengeleng-gelengkan kepalanya. Sudah lupalah tu janji nak jadi cikgu tak bertauliah untuk junior mereka. Payah kalau dapat orang pelupa ni. Dania memandang Wanie yang dari tadi tercegat depan pintu rumahnya. Dia meminta bantuan dari sahabatnya itu.

    Wanie menggeleng-gelengkan kepalanya. Entah jin mana yang merasuk kawannya seorang tu. Sering sangat lupa, disuruh pergi check up tak nak. Selalu sangat merungut sakit kepala. Deringan telefon mengalihkan pandangan Dania dan Syahrina ke arah Wanie. Wanie segera menjawab panggilan itu. Dia hanya mengangguk-angguk seperti burung belatuk. Dia melihat temannya yang sedang khusyuk melihat dirinya.

    “Raisya yang call. Dia kata kita nak datang malam ke? Huh! Sya, kau lupa lagi ke yang kau dah janji nak ajar Raisya dengan kawan-kawan dia subjek matematik. Sya, aku dah penat tercegat ni. Kau pilih Raisya cari cikgu yang tak bertauliah lain or kau nak still dengan title tu?” soal Wanie. Lagaknya seperti tenang tapi ada sedikit perlian disitu. Syahrina menepuk dahinya. Sungguh! sungguh dia lupa semua itu. Segera dia mengambil tudung dan mencari kunci motornya. Matanya melilau mencari sosok adiknya. Kemana pula adiknya pergi? Getus hatinya.

    Raisya melihat jam ditangannya, sudah setengah jam dia menanti Syahrina. Tidak juga muncul-muncul. Baru sebentar tadi, Wanie mesej menyatakan mereka dalam perjalanan. Hatinya tidak keruan, gundah gulana dibuatnya. Takut-takut Syahrina tidak mahu menerima sesiapa lagi di dalam kumpulan dia. Dia sudah masak dengan perangai Syahrina, kalau kata tidak memang tidaklah.

    “Raisya. Duduklah, sepatutnya aku yang risau. Kenapa kau pulak? Dahlah aku ni adik along. Boleh pulak kak Sya nak terima aku. Tapi aku nekad, sebab aku nak belajar,” kata Rayqal. Hatinya juga gundah gulana, tapi demi masa depan dia sanggup. Selama ini, dia sudah pergi kelas tambahan merata tempat. Susah sangat nak tangkap apa yang diajar. Kini, hanya pertolongan sepupunya itu untuk dia tingkatkan subjek mata Matematiknya. Namun, malang apabila dia mengetahui siapa yang bakal mengajarnya. Rayqal mengeluh lagi.

    Syahrina mempercepatkan langkahnya, sudahlah lambat pergi ke kelas. Dania dan Wanie sudah melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Syahrina hanya mengangguk tanda mengerti. Mereka mengajar budak kelas lain, dia pula hanya mengajar siapa yang mahu belajar Matematik. Sementara dia menunggu keputusan exam semester akhir, dia diarahkan oleh pengetua sekolah lamanya untuk membuat kelas tambahan kepada pelajar tingkatan 5 dan 4. Lebih-lebih lagi, batch mereka merupakan batch yang banyak menaikkan nama sekolah. Syahrina memilih mengajar pelajar tingkatan 4 kerana mudah dia nak berkomunikasi dan pelajarnya tidak terlalu nakal.

    ‘Gedebuk’ bagai nangka busuk jatuh gamaknya Syahrina. Segera dia mencapai tiang yang berhampiran apabila ada tangan yang ingin membantu. Silap dirinya juga mengelamun ketika jalan, dah dapat habuannya. Syahrina segera mendongakkan kepalanya, melihat siapa yang dia langgar. Alangkah terkejutnya dia, dia mengenali lelaki di hadapannya. Kedua-dua terdiam seperti masa terhenti seketika. Syahrina mengukirkan senyuman. Dia perlu melupakan masa silamnya, semua itu sudah jadi kenangan.

    “Maaf, saya tak sengaja. Saya minta diri dulu” Syahrina melangkah pergi meninggalkan lelaki itu. Dia tidak mahu berlama-lama, kira menempah maut je. Huhh!! Dia mengeluh. Raisya memanggil nama Syahrina, dia segera menoleh. ‘dah kenapa budak ni, jerit-jerit. Macam tak jumpa aku setahun je.’ Getus Syahrina.

    “hai akak.” Terkedu Syahrina melihat siapa di hadapannya, tadi dia terlanggar lelaki tu. Sekarang dia jumpa adik lelaki tu. Raisya di sebelahnya dah tersengih bak kerang busuk. Syahrina mengangkat kening sebelahnya sebagai tanda tanya. Wajah budak lelaki itu berubah apabila melihat seseorang di belakang Syahrina. Dia segera menoleh ke belakang, lagi dan lagi dia jumpa lelaki ini. Sabarlah wahai hati. Syahrina menyuruh Rayqal dan Raisya masuk ke dalam kelas dahulu, dan dia meminta lelaki itu tunggu di luar sebentar. Syahrina menyuruh juniornya membuat latihan yang di suruh.

    “Awak dah minta kebenaran pengetua? Saya tak kesah kalau angah nak masuk. Cuma awak perlu dapat kebenaran dari pengetua. Saya tak nak amik risiko je.” Kata Syahrina. Walaupun dia gugup untuk berhadapan dengan lelaki itu. Tapi dia perlu bersikap profesional dengan kerjanya. Rizqi memandang Syahrina, tenang gadis itu menghadapi dia. Dia menyesal dengan apa yang pernah dia lakukan suatu ketika dulu. Dia sedar yang dia pernah silap langkah, dia tinggalkan gadis di hadapannya itu hanya kerana orang yang mempermainkan perasaannya. Butanya dia dengan kebaikan gadis itu.

    Syahrina tetap tenang, dia tidak boleh mempamerkan apa yang dirasai di dalam hatinya. Semua tu hanya masa lalunya. Rizq hanya masa lalunya, walaupun dia masih belum membuka hatinya untuk orang lain. Tapi dia tidak mahu bertindak bodoh hanya untuk mengejar suatu yang tidak pasti.

    “Abang dah bagitahu pengetua dah. Rin, tak payah risaulah. Abang sebenarnya tak tahu yang Rin guru angah. Rin.. abang minta maaf..” Rizq tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana dihalang oleh Syahrina. Syahrina terkedu. ‘Abang-Rin’? panggilan itu sudah lama dia lupakan. Sudah lama dia tanam dan kuburkan dalam-dalam. Kenapa perlu Rizq kembalikan memori itu? Kenapa?

    “Oh baguslah kalau macam tu. Saya dah maafkan awak. Lagipun awak sekarang dah bahagia dengan isteri awak kan? Jangan dikenang masa silam. Anggap sahaja itu hanya mimpi. Saya minta diri dulu.” Perit! Sangat perit untuk dia katakan. Dia masih menyayangi lelaki itu. Syahrina segera berlalu meninggalkan lelaki itu. Kalau dulu dia sanggup mengundur diri, kenapa tidak dia juga menjadi kuat demi memjaga perasaannya sendiri.

    Dua tahun lalu

    Syahrina menangis semahu-mahunya, hatinya rapuh dan remuk. Orang yang dia cintai pergi tinggalkan dia. Apa salah dirinya? Kenapa semua ini perlu jadi pada dirinya? Sungguh dia tidak kuat dengan semua itu. “Abang, kenapa abang sanggup buat Rin macam ni? Apa salah Rin abang? Mana janji abang dulu? Mana abang? Abang campak mana semua tu. Kenapa abang buat Rin macam ni? Abang, Rin sayangkan abang.” Syahrina menangis teresak-esak. Lelaki di hadapannya tega meninggalkan dia hanya perempuan itu.

    “Tapi abang sayangkan dia, Rin. Rin sendiri cakap kalau abang ada perempuan lain, abang kena bagitahu Rin. Sekarang abang dah bagitahu Rin. Kenapa Rin nak marah? Abang sayang dia Rin. Lebih dari abang sayang Rin. Rin janji tu biarlah. Abang malas nak ingat,” kata Rizq sambil memandang gadis disebelahnya. Senyuman yang dipamerkan bukan untuk Syahrina tapi untuk gadis itu. Erghh!! Sakit hatinya.

    Ya, memang dulu Syahrina pernah cakap andai Rizq ada perempuan lain, dia kena jujur. Tapi dia tak sanggup kalau dia kenal siapa perempuan itu. Hatinya bagai dihiris dengan pisau yang tajam. Dia tak sanggup untuk melihat kemesraan antara Rizq dan perempuan itu. Dia kenal benar siapa perempuan itu. Dulu dia bodoh kerana tidak percaya dengan kata-kata Amiza pasal perempuan tu. Sungguh dia sangat percaya perempuan itu kerana di hadapannya perempuan itu sangat baik. Walaupun dia sering sakit hati dengan perempuan itu namun dia tetap sabar.

    “Rin reda bang. Tapi kalau bukan dengan Farah. Abang, Rin sayang abang. Kenapa abang buat Rin macam ni? Kenapa abang pilih dia? Abang tahu kan yang Farah ni kawan baik Rin. Kenapa bang? Kenapa Farah?” Syahrina menangis tersedu-sedu. Hatinya sudah tidak betah menghadap agenda mesra di hadapannya. Amiza segera menarik tangan Syahrina untuk pergi dari situ. Dia tidak tega melihat kawannya menangis. Dia kenal benar dengan Syahrina. Syahrina mudah sayang kawan lagi-lagi kawan baiknya.

    Syahrina mengelap air matanya. Segera dia menepis kenangan pahit itu, dia tidak mahu mengingatkan kembali benda yang sudah terjadi. Biarlah dia bangkit tanpa dibayangi kisah cintanya itu. Dia yakin, kini Rizq dah bahagia dengan Farah. Jika tidak, bagaimana Rizq boleh semegah yang dia lihat di sekolah. Amiza sudah tersenyum dari kejauhan, tangannya segera di lambai-lambaikan ke arah Syahrina. Syahrina hanya tersenyum melihat rakannya itu. Konon dulu tak mahu bercinta sambil belajar. Last-last dia pergi kahwin bila tengah belajar. Tergelak kecil Syahrina mengenang kisah dulu. Itulah di namakan jodoh, dulu gaduh memanjang sekarang dah jadi suami. Amiza melihat Fakry sambil tersenyum.

    Amiza seronok bercerita mengenai pelajaran di universitinya, al maklumlah dia belajar di London manakala suaminya bekerja di sana. Syahrina seronok mendengar celoteh Amiza kerana sudah lama dia tidak mendengar bebelan Amiza. Dua tahun mereka terpisah kerana menuju impian masing-masing. Fakry mencuit bahu Amiza seperti menunjukkan sesuatu kepada mereka. Mata mereka tertumpu pada wanita yang berdiri di hadapan mereka itu. Tergamam Syahrina melihat wanita itu. Dia tidak semudah itu nak melupakan wanita itu. Buakn mudah dia nak melupakan siapa yang telah menghancurkan harapannya.

    Kini, Syahrina keliru. Bagaimana Farah boleh berada di lapangan terbang dan membawa sebuah beg seperti baru pulang dari luar negara. Sedangkan Rizq ada di Malaysia. Syahrina bertambah terkejut apabila mendengar seorang lelaki memanggil Farah sayang. Syahrina hanya membalas senyuman Farah.

    “Eh Farah. Kau buat apa dekat sini? Lama kita tak jumpa kan? Cantik kau sekarang? Apa khabar Rizq sekarang?” soal Amiza mesra. Syahrina hanya mengangguk tanda setuju dengan pertanyaan Amiza. Walaupun dia sakit hati dengan nama lelaki itu tapi dia tetap berlagak biasa.

    “Eh kenalkan ini bakal tunang aku, Naim. Baik, Alhamdulillah. Ishh kau ni, Miza. Aku manalah tahu khabar dia. Dah lama tak jumpa. Setahun lebih kot. Aku dengan Rizq tak ada apa-apa pun. Rizq bukan sayang aku sangat pun. Dia keliru dengan perasaan dia dulu. Dia sayangkan kau Sya. Oh ya, Sya. Aku nak minta maaf pasal dulu tu. Sorry aku buat kau sakit hati.” Syahrina tergelak kecil. Ada-ada sahaja si Farah ni. Kisah lalu biarlah berlalu. Sudah malas dia nak kenang lagi. Buat sakit jiwa sakit hati je. Amiza sudah mencuit Fakry. Malu mungkin. Tingkah laku Amiza membuat mereka tergelak.

    Rizq berlari semampu dan selaju mungkin, dia tidak mahu Syahrina pergi tinggalkan dia buat kedua kalinya. Dia terus pergi ke lapangan terbang selepas adik Syahrina bagitahu yang Syahrina pergi ke lapangan terbang. Rayqal dan Syawal terkejar-kejar untuk mendapatkan Rizq yang sudah jauh tinggalkan mereka. Entah makhluk mana merasuk Rizq sehingga dia boleh berlari selaju.

    “Gedebuk” bergema satu lapangan terbang tu. ‘Bukk’ senak perut Rizq apabila ada seseorang menumbuk perutnya. Silap diri juga kerana lari tanpa brek. Padahnya terlanggar orang dihadapnya. Kejadian itu menjadi perhatian ramai. Rizq sudah meminta maaf tanpa melihat orang dihadapannya. Dia mahu meneruskan pencariannya namun terhenti setelah terdengar suara.

    “Syawal, kau buat apa kat sini? Akak kan suruh jaga rumah. Ha? Yang awak ni dah kenapa? Ada mata tak nak guna, ini bukan padang untuk main lari-lari.” Marah Syahrina. Habis bajunya kotor terkena air yang dipegang Farah. Ini semua gara-gara ada orang yang lari bagai atlet lalu melanggar dirinya. malang betul nasib dirinya hari itu. Mimpi apalah malam semalam sampai macam-macam jadi hari itu. Rizq segera mengangkat wajahnya. Kelihatan sinar harapan di wajahnya. Dia segera memeluk Syahrina di hadapannya itu namun belum sempat dia peluk sudah ada segempal tangan memeluk perutnya. Wajahnya dikerutkan kerana menahan sakit ditumbuk buat kedua kalinya.

    “Gila! Tak tahu adab ke apa?!” gertak Syahrina apabila diperlakukan begitu. Segera dia menarik tangan Syawal dan melangkah pergi. Sakit hati dia diperlakukan begitu. Sudahlah malu dengan orang yang lalu lalang disitu. Syawal hanya mengikut langkah kakaknya. Kakinya sudah tidak bermaya nak berjalan laju lagi, lelah kerana mengejar Rizq. Amiza dan Fakry terdiam kaku dengan babak sebabak tu. Farah dan Naim sudah memandang antara satu sama lain. Mereka terkejut dengan tindakan Rizq yang memeluk Syahrina dan termangu dengan aksi menumbuk tu.

    “Syahrina! Abang memang gila. Gila dengan Rin. Abang sayang Rin. Abang cinta Rin. Maafkan abang Rin. Abang tahu abang salah. Abang buta dengan cinta tulus Rin. Rin abang cintakan Rin. Jangan tinggalkan abang lagi Rin.” Statik kedudukan Syahrina apabila Rizq menjerit namanya. Setelah Rizq menghabiskan kata-katanya. Syahrina melangkah ke arah Rizq. Rizq sudah tersenyum apabila melihat Syahrina patah balik sambil tersenyum. ‘pangg’ satu tamparan hinggap dipipi Rizq. Tergamam semua penonton yang melihat drama sebabak mereka.

    “tumbukan pertama, awak langgar saya dan buat baju saya kotor. Tumbukan kedua, sebab awak tak ada adab. Awak cuba peluk saya seperti saya ni tak ada maruah. Tamparan ini, sebab awak malukan saya.

    Stop rendahkan maruah saya di sini. Cinta or sayang hanya kata-kata. Tolong buktikan dengan berlandaskan Islam. Saya ada wali kenapa tak minta izin sahaja? Kenapa nak guna cara ni? Jangan ke barat sangat sedangkan Islam sangat mudah. Assalamualaikum.” Kini, Syahrina melangkah pergi. Rizq menjerit gembira. Penonton sudah bertepuk tangan. Syahrina tetap melangkah dengan senyuman terukir di bibirnya. Dia bersyukur kerana Rizq kembalikan janji yang pernah dia tunaikan suatu ketika dulu. Alhamdulillah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda