Friday, April 18, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aku memilih pergi – Nur Nilam

    Video sedang berjalan keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor dimuatnaik isteri kepada pelakon Malaysia, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mengundang tanda tanya ramai.

    Menerusi perkongsian di TikTok, Nur Nilam yang sebelum ini mendakwa, Azlan mahu berpoligami memberi gambaran sudah memfailkan permohonan perceraian.

    Dengan kapsyen mengenai perpisahan serta busana serba hitam yang dikenakan, rata-rata pengikut meluahkan rasa simpati dan mendoakan yang terbaik buatnya.

    “Aku memilih pergi sebab aku ingin menjaga hati, kita akan menjadi orang asing kembali di mana hati aku adalah tugas aku untuk menjaganya dan hati kau tugas kau menjaganya. Selepas ini tiada lagi takdir bernama kita,” tulisnya.

    Usaha BH Online untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Nur Nilam tidak berhasil berikutan panggilan tidak dijawab.

    Sekitar Mac lalu, Nur Nilam mendedahkan Azlan bakal berkahwin buat kali kedua tidak lama lagi dengan wanita didakwa ‘skandal’ lama pelakon terbabit.

    Perkara itu didedahkan Nur Nilam menerusi video yang dimuat naik di TikTok selepas Azlan memintanya agar meminang bakal madunya itu.

    Azlan dan Nur Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. – Agensi

    Nilam bersendirian ketika di mahkamah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda