Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Akui One Direction masih di hati, meski gembira solo

    Harry Styles (gambar bawah), 25, telah berjaya dalam muzik karier solonya sejak aktiviti One Direction terhenti pada 2016, tetapi dia tidak melupakan kumpulan itu.

    Adakah One Direction akan kembali semula? Walaupun beliau tidak memberikan jawapan yang betul tetapi apabila ahli-ahli tersebut kembali semula di atas pentas, beliau mengakui akan bersetuju pada masa itu.

    “Saya tidak tahu. Saya tidak fikir saya akan mengatakan saya tidak bersetuju kerana saya tidak berasa begitu. Jika suatu masa nanti kami benar-benar akan melakukannya, kami akan melakukannya. Namun sekarang saya amat seronok membuat muzik dan membuat kajian,” kata Harry.

    Harry juga memberitahu bahawa walaupun kumpulan itu, yang termasuk Louis Tomlinson, Nial Horan, Liam Payne belum pernah membuat persembahan bersama selama tiga tahun. (Zayn Malik telah berhenti sebelum perpecahan itu dan album kelima mereka telah diterbitkan pada awal tahun 2015). Namun mereka masih kawan dan hubungan mereka masih sama sejak pertama kali mereka disatukan pada The X Factor 2010.

    “Walaupun apa pun, kamilah yang telah melalui semua itu dan kami akan sentiasa bersama walaupun kami tidak rapat. Secara faktanya, hanya kerana anda berada dalam kumpulan tersebut tidak bermakna anda rakan rapat. Kerana Fleetwood Mac sering bergaduh, tidak bermakna mereka tidak menarik. Sentiasa ada saling hormat menghormati antara satu sama lain,” beliau mengakuinya.

    Harry juga mengatakan walaupun dia mencipta muzik sendiri, dia tidak menyesal menjadi ahli One Direction dan menghargai kesempatan yang diberikan kepadanya. “Saya tahu ia adalah perkara yang selalu terjadi. Ia sangat seronok. Jika saya tidak menikmatinya, saya tidak akan melakukannya. Ia seperti saya tidak terikat dengan sebuah radiator.”

    Walaupun seronok, beliau mengakui mengalami kebimbangan semasa dia bersama kumpulan tersebut, tetapi apabila sudah tiba masanya beliau bergerak sendiri, dia semakin matang dan belajar dirinya sebagai artis.

    “Semasa saya dalam kumpulan itu, saya berasa takut saya akan menyanyikan nada yang salah. Saya berasa terbeban dengan tidak melakukan kesalahan. Ketika menandatangani perjanjian dan saya bertanya kepada pengurus, apa akan terjadi sekiranya saya dikesan melakukan silap? Adakah kontrak itu masih sama atau tidak sah? Sekarang saya berasa para peminat memberikan saya persekitaran untuk menjadi diri saya sendiri dan matang serta mencipta ruangan yang selamat untuk belajar dan menerima kesilapan,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda