Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AkzoNobel runding bergabung dengan Axalta

    THE HAGUE, 30 Okt – Syarikat gergasi kimia dan pembuat cat terkenal Belanda AkzoNobel mengumumkan hari ini ia sedang mengadakan rundingan penggabungan dengan pesaing AS Axalta, akan menggabungkan dua syarikat bernilai bilion dolar.

    “Sebagai respons kepada spekulasi pasaran, AkzoNobel mengesahkan hari ini ia sedang mengadakan perbincangan positif berhubung satu gabungan perniagaan AkzoNobel Paints & Coatings dengan Axalta,” kata syarikat dalam satu kenyataan.

    “Ia akan mewujudkan syarikat cat dan penyalutan global menerusi satu gabungan yang sama hebat,” tambahnya.

    Bloomberg News berkata Axalta ialah pengeluar cat kereta terkenal dan “perjanjian akan menggabung dua syarikat dengan nilai pasaran berjumlah kira-kira AS$30 bilion.”

    Sejak beberapa bulan lalu, AkzoNobel telah berusaha untuk menangkis satu pengambilalihan oleh sebuah lagi syarikat saingan AS, PPG yang berpangkalan di Pittsburg yang akan menilai syarikat Belanda pada 26.9 bilion euro.

    Ia menolak tiga tawaran pengambilalihan bernilai berbilion euro daripada PPG pada awal tahun ini, sekali gus mencetuskan pergelutan perundangan yang sengit dengan seorang pelabur aktivis Elliot Advisors yang telah mendesak gabungan tersebut.

    Ditubuhkan pada 1994 daripada gabungan firma Belanda dan Sweden Akzo dan Nobel, AkzoNobel mempunyai 46,000 tenaga kerja dan mempunyai cawangan di 80 buah negara di seluruh dunia. Tahun lalu, ia melaporkan 14.2 bilion euro dalam pendapatannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda