Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Al Dawsari dinobatkan pemain terbaik tahunan AFC

    RIYADH, 17 OKT – Pemain Arab Saudi, Salem Al Dawsari dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), manakala Hana Takahashi dari Jepun telah merangkul anugerah Pemain Wanita Terbaik Tahunan AFC kelmarin di Anugerah AFC 2025 di Riyadh, Arab Saudi, lapor agensi berita Qatar (QNA).

    Kedua-dua pemain itu membawa pulang anugerah tertinggi sebagai pemain terbaik Asia pada edisi ke-29 acara berprestij itu, yang turut menobatkan sebagai pemenang dalam 18 kategori lain pada majlis gilang-gemilang di Pusat Kebudayaan King Fahad.

    Al Dawsari menerima pengiktirafan itu selepas melalui musim 2024/25 yang cemerlang, menyaksikan beliau muncul sebagai penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara Elit AFC untuk membantu Al Hilal SFC mara ke peringkat separuh akhir, selain turut menyerlah di Piala Dunia Kelab FIFA dalam kempen mereka ke peringkat suku akhir.

    Di peringkat domestik, pemain berusia 34 tahun itu muncul sebagai penyumbang bantuan gol terbanyak sepanjang sejarah liga dan turut menjaringkan 15 gol. – Bernama

    Gambar fail Salem Al-Dawsari (kanan) semasa perlawanan bola sepak Kumpulan C Piala Dunia Qatar di Stadium Lusail, Lusail, Utara Doha pada 30 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda