Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Al-Hilal mara ke final Kelab Piala Dunia

    TANGIER, MAGHRIBI, 8 FEB – Penyerang Saudi, Salem Al-Dawsari sekali lagi berada dalam senarai penjaring bagi perlawanan penting.

    Al-Dawsari, yang menjaringkan gol kemenangan 2-1 Arab Saudi ke atas Argentina pada Piala Dunia, menyempurnakan dua penalti untuk membantu Al-Hilal menewaskan kelab Brazil, Flamengo 3-2 pada separuh akhir Piala Dunia Kelab semalam.

    Juara Arab Saudi itu akan menentang sama ada Real Madrid atau Al Ahly dari Mesir pada perlawanan akhir Sabtu ini. Ini kali pertama kelab itu mara sejauh ini.

    “Ini adalah sejarah, Hilal,” kata kelab itu di Twitter. Al-Hilal membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit keempat oleh Al-Dawsari selepas Luciano Vietto dikasari.

    Tetapi Flamengo tidak lama kemudian mempercepatkan rentaknya dan menyamakan kedudukan apabila Pedro, yang juga berada di Piala Dunia bersama Brazil, menjaringkan gol pada minit ke-20 menerusi rembatan lintang yang perlahan-lahan melepasi penjaga gol.

    Juara Copa Libertadores itu terus memberi tekanan, tetapi keputusan bantuan video secara dramatik mengubah pertemuan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

    Vietto sekali lagi jatuh di dalam kotak penalti dan pengadil kemudiannya melihat sentuhan Gerson menjatuhkannya. Pemain Brazil itu dilayangkan kad merah selepas kad kuning kedua dan Al-Dawsari dengan tenang menambah gol kedua untuk Saudi.- AP

    Reaksi pemain Al Hilal, Salem Al-Dawsari meraikan gol semalam.- AP Maghribi,semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda