Saturday, October 26, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Al-Ittihad mara, Al-Nassr kecundang

    ARAB SAUDI, 15 OGOS – Karim Benzema tidak menjaring sebarang gol dan Cristiano Ronaldo tidak hadir kerana kecederaan, tetapi masih terdapat banyak nama besar yang mencatat kejayaan ketika pusingan pembukaan liga Arab Saudi berakhir semalam.

    Benzema mendapat bantuan ketika juara bertahan Al-Ittihad menang 3-0 di Al-Raed manakala skuad Ronaldo, Al-Nassr tewas 2-1 kepada Ettifaq kendalian Steven Gerrard, sekali gus memberikan jurulatih Inggeris itu kemenangan penampilan sulung.

    Gerrard menyaksikan Al-Nassr mendahului awal menerusi seorang lagi bekas bintang Liverpool, Sadio Mane, hanya salah satu daripada beberapa nama besar yang tiba di negara itu menjelang musim baharu, terpikat dengan gaji besar yang ditawarkan daripada pasukan Saudi.

    Ronaldo memulakan penghijrahan itu apabila dia menyertai Al-Nassr pada Januari, tetapi dia mengalami kecederaan pada Sabtu ketika pasukannya mengalahkan pesaing Riyadh, Al-Hilal dalam perlawanan akhir Piala Juara Kelab Arab.

    Dengan suhu di bandar timur Dammam mencecah lebih 32 darjah Celsius walaupun sepak bermula pada petang, Mane menjaringkan gol dari jarak dekat hanya empat minit sebelum permainan. – AP

    Aksi Karim Benzema (tengah) bersaing mendapatkan bola dalam perlawanan di antara Al-Ittihad dan Al Raed di Buraidah, Arab Saudi pada 14 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda