Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Al-Qaeda ambil kesempatan dari serangan Trump

    DUBAI, 2 Feb – Al-Qaeda kini memperluaskan tanah taklukannya di Yaman dan boleh mengambil manfaat daripada tindakan-tindakan ketenteraan seperti serbuan maut oleh tentera elit AS yang diarahkan oleh Presiden Donald Trump, Kumpulan Krisis Antarabangsa memberi amaran hari ini.

    “Cawangan Al-Qaeda di Yaman lebih kuat daripada sebelum ini,” ICG berkata dalam satu laporan yang mendokumenkan perluasan Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP).

    “Tindakan tentera pertama oleh pentadbiran Trump di Yaman memberi petanda buruk bagi prospek bijak dan berkesan menangani AQAP,” menurut laporan itu yang dikeluarkan selepas serangan udara AS di tengah Yaman pada Ahad lepas.

    Sementara Washington telah berkata sekurang-kurangnya 14 suspek penjihad dan seorang tentera AS Navy SEAL telah terbunuh dalam serangan itu, ICG berkata jumlah terkorban termasuk “kebanyakan orang awam, termasuk sekurang-kurangnya 10 wanita dan kanak-kanak.”

    Golongan pemikir memberi amaran serangan-serangan seperti serbuan pada 29 Januari di wilayah Baida boleh meningkatkan ketakutan atau permusuhan terhadap Amerika Syarikat dalam kalangan orang awam, menyediakan tanah subur bagi pengambilan ahli AQAP.

    “Penggunaan askar AS, kemalangan jiwa yang tinggi dan tidak mengambil kira bagi puak tempatan dan dinamik politik… bermain dalam jalan cerita AQAP untuk mempertahankan golongan beragama Islam terhadap Barat dan boleh meningkatkan sentimen anti-AS dan dengan itu AQAP boleh menambah rekrutnya,” menurut ICG yang berpangkalan di Brussels.

    Dengan peranan utamanya di rantau politik, Rumah Putih Trump juga berdiri untuk memberi impak kepada usaha dalam mencari satu penyelesaian politik terhadap konflik Yaman yang telah mengorbankan lebih daripada 7,400 orang sejak Mac 2015, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda