Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Al-Quran miliki keistimewaan amat besar

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Al-Quran memiliki keistimewaan yang sangat besar sehingga menjadi syafaat malah menyediakan pahala yang berlipat ganda kepada pembacanya.

    Sehubungan itu, ahli Jemaah Tadarus Al-Quran Subuh Masjid Kampung Salambigar telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di masjid berkenaan, hari ini, sebagai menzahirkan kesyukuran selepas tamatnya bacaan 30 juzuk Al-Quran.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang disusuli dengan bacaan surah-surah lazim yang bermula dari Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas, yang dikepalai oleh Awang Mohd Yahya bin Haji Osman.

    Beliau yang juga pembimbing ahli jemaah tadarus Al-Quran Subuh di masjid berkenaan membaca takhtim dan Doa Khatam sebelum mengepalai bacaan tahlil.

    Majlis sedemikian bertujuan untuk mengimarahkan masjid berkenaan, di samping dalam sama-sama menyemai kecintaan dalam amalan membaca kalam Allah dalam kehidupan sehari-hari.

    Ahli Jemaah Tadarus Al-Quran Subuh Masjid Kampung Salambigar bergambar semasa Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di masjid berkenaan, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN AHLI JEMAAH TADARUS AL-QURAN SUBUH MASJID KAMPUNG SALAMBIGAR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda