
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Rakyat dan penduduk di negara ini seharusnya bersyukur dengan menikmati kehidupan dalam suasana aman dan damai bagi membolehkan mengerjakan amal ibadat dengan sempurna malah berupaya mengadakan majlis-majlis agama.
Ketenangan inilah juga yang akan menyumbang kepada kesinambungan pembangunan dan perkembangan agenda negara selaras dengan wawasan 2035.
“Dengan memartabatkan Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan dalam kehidupan kita, Insya-Allah, kita akan dapat melahirkan individu Muslim sejati, keluarga, masyarakat dan negara yang taat serta patuh kepada Allah.” (Klik di sini untuk cerita lanjut)