Monday, February 3, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Al-Quran sebagai pedoman dan petunjuk

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 SEPT – Al-Quran merupakan pedoman dan petunjuk bagi umat Islam hingga akhir zaman dan lebih daripada itu, membaca Al-Quran akan memperolehi pahala berlipat ganda dan pengampunan dosa.

    Sehubungan itu, Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri hari ini telah mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi meraikan jemaah yang berjaya menamatkan pembacaan 30 juzuk Al-Quran yang diadakan setiap lepas sembahyang fardu Subuh berjemaah di masjid berkenaan.

    Pegawai Hal Ehwal Masjid Hassanal Bolkiah, Pengiran Salehin dalam ucapan nasihatnya antara lain melahirkan rasa bangga atas ibadah istiqamah para jemaah secara berterusan bagi memakmurkan dan mengimarahkan masjid dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

    “Selain untuk mengaut pahala berlipat ganda, ibadah bertadarus di masjid juga akan menjadi landasan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan mengeratkan persaudaraan. Semoga lebih ramai lagi jemaah akan menyertai bertadarus di masjid ini,” jelasnya.

    Gambar ramai jemaah yang diraikan pada majlis itu. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda