LONDON, 7 OGOS – Penghinaan ke atas kitab suci umat Islam berterusan di Denmark, apabila seorang wanita Denmark kelahiran Iran bertindak mencemarkan salinan al-Quran di ibu negara Copenhagen. Firoozeh Bazrafkan mengoyakkan salinan al-Quran di hadapan Kedutaan Iran pada Sabtu lalu, lapor Agensi Anadolu. Dengan mengenakan pakaian t-shirt yang tertera perkataan: ‘Wanita’, ‘Hidup’, ‘Kebebasan’, dia berkongsi

