Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Al Raffiz Rizqi, Wakeel juara Beyblade X 2 on 2

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Awang Muhammad Al Raffiz Rizqi bin Yusri daripada Pasukan DBos Beys (DB) dinobatkan sebagai juara pertandingan Beyblade X 2 on 2 setelah berjaya menewaskan Awang Sharizmi Hanis bin Haji Sharbini daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB) dengan kiraan mata 7-4 dalam perlawanan akhir Beyblade anjuran Brothers Geng Bladers (BGB) yang diadakan di Teratak DBos Kampung Panchor Mengkubau.

    Manakala di tempat ketiga disandang oleh Awang Mimi Nazuwan bin Ibrahim daripada JB setelah berjaya menewaskan Awang Abdul Wakeel bin Nazib daripada Pasukan DB.

    Bagi pemenang saguhati lapan teratas pula disandang oleh Mainor Azizi (DB), Abdul Ghaniy (DB), Amiruddin (JB) dan Julkarnain (BGB).

    Dalam pertandingan Beyblade X anjuran Undergroundz X (UGX) Tour pula, juara disandang oleh Awang Abdul Wakeel daripada Pasukan DB setelah berjaya menewaskan Awang Mohammad Erwan Shah bin Haji Tengah daripada Pasukan JB dalam perlawanan akhir Beyblade X 2 on 2.

    Manakala tempat ketiga disandang oleh Awang Abdul Wakeel dan keempat disandang oleh Awang Azrul Redzuan bin Tuah kedua-duanya dari Pasukan DB.

    Sementara itu kedudukan dalam Liga Beyblade Brunei Darussalam musim 2025-2026 pula, Pasukan DB memperolehi 95 mata melebarkan jurang dengan Pasukan JB memperoleh 73 mata diikuti Pasukan BGB yang mengutip 63 mata dan Pasukan UGX mengutip 21 mata.

    Para pemenang bergambar ramai pada pertandingan Beyblade anjuran BGB yang diadakan di Teratak DBos Kampung Panchor Mengkubau. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda