Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alami masalah kebimbangan melampau

    Salah seorang anggota kumpulan Twice iaitu Mina disahkan mengalami masalah kebimbangan melampau selepas membuat pemeriksaan di sebuah pusat pakar perubatan baru-baru ini.

    Menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya JYP Entertainment memberitahu jadual dan aktiviti seni Mina akan disusun semula mengikut keadaan kesihatan penyanyi itu.

    “Selepas diperiksa, doktor sahkan Mina kini sedang berhadapan dengan masalah kebimbangan melampau (anxiety disorder).

    Melihat daripada situasinya, jadual dan aktiviti seni Mina terpaksa disusun lagi semula dan keputusan akan dibuat selepas berbincang dengannya serta ahli kumpulan yang lain.

    “Buat masa sekarang, segala aktiviti akan dilakukan mengikut keadaan kesihatan Mina. Kami berharap semua peminat memahami dan berharap dia akan cepat sembuh,” katanya.

    Pada Julai lalu, Mina mengumumkan dia terpaksa mengambil cuti panjang daripada melakukan sebarang aktiviti disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya. – Agensi

    Jadual dan aktiviti Mina terpaksa disusun semula kerana mengalami masalah kebimbangan melampau. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda