Saya ingin memuji jabatan kerajaan yang mengarahkan kerja-kerja pembaikan saliran dan pembersihan rumput-rumput di laluan pejalan kaki sepanjang Jalan Jerudong.
Semasa tulisan ini dibuat, saya dapat perhatikan longkang-longkang yang tersumbat sedang dibersihkan dan terdapat jengkaut mini serta seorang pekerja yang membuang rumput-rumput liar yang tumbuh menutupi laluan pejalan kaki.
Namun saya agak terkejut kerana usaha murni ini terhenti sehingga di kawasan lampu isyarat Jalan Jerudong.
Persoalannya, mengapakah kerja-kerja tersebut tidak diteruskan? Mengapakah bekerja sekerat jalan sahaja?
Masih banyak lagi laluan pejalan kaki yang perlu dibersihkan dan longkang-longkang yang tersumbat yang perlu diuruskan, terutamanya di kawasan-kawasan tanah rendah seperti Kampung Selayun dan sekitarnya.
Apabila membuat sesuatu pekerjaan, buatlah dengan penuh semangat dan sesempurna yang mungkin.
Sebagai umat Islam yang sentiasa mencari keberkatan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, tidakkah awda berasa kekok menerima gaji pada hujung bulan, namun kerja yang dibuat tidaklah begitu sempurna?
Tuan Khatib






