Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alaska Airlines henti penerbangan akibat gangguan teknikal

    ISTANBUL, 24 OKT – Syarikat penerbangan Alaska Airlines menghentikan semua penerbangannya di seluruh Amerika Syarikat kelmarin berikutan gangguan teknikal, menandakan gangguan kedua seumpamanya dalam tempoh kira-kira tiga bulan, lapor Anadolu Ajansi.

    “Alaska Airlines sedang mengalami gangguan sistem IT yang menjejaskan operasi. Hentian sementara penerbangan telah dilaksanakan,” menurut syarikat itu dalam kenyataan. “Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami. Sekiranya awda dijadualkan untuk terbang malam ini, sila semak status penerbangan awda sebelum berlepas ke lapangan terbang.”

    Walaupun punca sebenar gangguan itu masih belum diketahui, insiden serupa sebelum ini memaksa syarikat penerbangan itu menggantung semua penerbangan selama hampir tiga jam pada Julai lalu, menurut laporan media. – Bernama/Anadolu

    Sebuah pesawat Alaska Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma, pada Januari 2024, di SeaTac, Washington. Penerbangan dihentikan akibat gangguan teknikal. –  Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda