Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alaska alami suhu cuaca amat melampau

    LOS ANGELES, 31 DIS – Cuaca teruk di Alaska telah membawa kepada suhu tertinggi yang direkodkan dan hujan lebat telah menyebabkan pihak berkuasa di bahagian utara Amerika Syarikat (AS) memberi amaran tentang ‘icemageddon’.

    Ketulan ais yang besar menghalang jalan raya dan menyesakkan lalu lintas di Fairbanks, bandar kedua terbesar di Alaska, lapor jabatan pengangkutan negeri itu, yang telah mencipta neologisme, ‘Armageddon’ untuk menggambarkan kesejukan tersebut.

    “Kami sedang mengalami siri ribut musim sejuk yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” ujar jabatan itu dalam laman Twitter mereka.

    Para saintis berkata pembakaran bahan api fosil dan aktiviti manusia lain yang tidak terkawal telah mengubah iklim, menjadikannya lebih tidak dapat diramalkan dan mudah terdedah kepada peristiwa mendadak. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda