Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Alat AI Jepun bantu ramal bila rekrut akan berhenti kerja

    TOKYO, 19 APRIL – Bos yang bimbang mengenai berapa lama pekerja baharu akan bertahan kini boleh beralih kepada AI untuk mengetahui siapa seterusnya yang mungkin akan meletak jawatan.

    Alat kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan oleh penyelidik Jepun itu kini boleh membantu majikan memberikan sokongan yang sesuai kepada kakitangan untuk menghalang mereka daripada berhenti.

    Alat tersebut menganalisis data mengenai pekerja di sebuah syarikat, daripada rekod kehadiran mereka kepada maklumat peribadi seperti umur dan jantina. Ia dicipta oleh Profesor Naruhiko Shiratori dari Universiti Bandar Tokyo bersama sebuah syarikat permulaan yang berpangkalan di ibu negara Jepun.

    Alat ini juga menganalisis data pekerja yang telah meninggalkan syarikat, atau mengambil cuti, untuk mencipta model turnover bagi setiap firma.

    Apabila diberikan data mengenai rekrut baru, alat ini meramalkan siapa yang berisiko berhenti ‘dalam mata peratusan’, kata Shiratori, pakar pendidikan media, kepada AFP hari ini.

    “Kami sedang menguji alat AI ini dengan beberapa syarikat, dan mencipta model untuk setiap satu.” – AFP

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...