Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alat AI mampu kenal pasti jantina tengkorak manusia

    CANBERRA, 12 FEB – Sekumpulan penyelidik dari agensi saintifik kebangsaan Australia telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengenal pasti jantina biologi daripada tengkorak manusia dengan cepat dan tepat.

    Penyelidik dari Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation (CSIRO) mendedahkan alat itu dalam satu kajian yang diterbitkan hari ini, dengan mengatakan bahawa ia boleh menyokong penyiasat dalam analisis jenayah dan dalam kes bencana alam yang teruk.

    Alat itu, yang dibangunkan dengan kerjasama University of Western Australia (UWA), adalah lima kali lebih pantas berbanding penilai manusia dalam menganggarkan jantina biologi daripada tengkorak manusia.

    Pasukan penyelidik mendapati bahawa alat itu mencapai ketepatan sebanyak 97 peratus berbanding ketepatan 82 peratus yang dicapai oleh penilai manusia.

    Alat itu juga dapat membuat anggaran dengan menganalisis set data imbasan tomografi berkomputer (CT) tengkorak manusia untuk ciri-ciri yang berkaitan dengan jantina. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda