Oleh Amri HTZ –
Menikmati waktu santai dengan pelbagai hidangan bersama keluarga sambil berkongsi cerita setentunya mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
Makanan popular yang mudah disediakan seperti capati sering kali menjadi pilihan memandangkan ia banyak terjual dalam bungkusan di pasar raya. Bagi mereka yang lebih suka merekanya sendiri, selain penyediaan tepung, alat untuk membentuknya juga diperlukan. Jika ingin menghasilkan capati dalam kuantiti yang banyak, memiliki alat khusus dikuasai motor akan memudahkan lagi langkah penghasilannya.
Barangan
• Motor kipas
• Mesin gerudi
• Bearing
• Paip PVC
• L shape flat corner brace joint
• Mata gerudi 12mm
• Mesin pemotong kayu
• Kepingan papan
• Kit plastic tirm removal
• Papan lapis
• Gam kayu
Tips
• Setiap permukaan perlulah rata dan tidak mempunyai permukaan tajam yang boleh dihalusi dengan cara menggosoknya menggunakan kertas pasir berukuran 100 grit.
• Bagi memastikan permukaan rekaan tidak menyerap kelembapan, gunakan wood finish bersesuaian yang bebas daripada bahan
kimia.
Sedia motor kipas
Motor kipas ekzos akan dipisahkan daripada badan kipas menggunakan pemutar skru dan kit plastic trim removal. Mulakan langkah memisahkan kipas diikuti dengan bahagian badan kipas ekzos. (gambar 2)
Empat batang kayu akan dipotong untuk mereka rangka rekaan menjadi kayu berukuran 7 sentimeter (cm) x 3cm dengan panjang 35cm dua batang dan panjang 25cm juga dua batang. Bahagian hujung kayu akan dipotongkan dengan sudut 45 darjah untuk memudahkan langkah pencantuman. (gambar 3)
Papan lapis dengan ketebalan 6 milimeter (mm) tersedia akan dipotong dengan ukuran 25cm x 35cm. Sebelum memulakan proses pemotongan, tandakan permukaan yang hendak dipotong menggunakan pensel. Permukaan potongan yang kasar kemudiannya boleh dihaluskan menggunakan kertas pasir. (gambar 4)
Cantum rangka utama
Empat kayu rangka yang telah dipotong sebelumnya akan dicantumkan menjadi satu. Mula-mula sapukan permukaan cantuman menggunakan gam kayu. Ini diikuti dengan pemasangan L shape flat corner brace joint menggunakan skru pada setiap cantuman.
Pada bahagian atasnya pula akan ditempatkan dengan papan lapis yang dipotong sebelumnya. (gambar 5)
Bahagian tengah papan lapis akan ditebuk dengan mata gerudi berukuran 12mm. Lubang tersebut berfungsi sebagai ruangan untuk memasukkan batang kipas. Manakala bahagian kelilingnya pula akan ditebuk dengan mata gerudi berukuran 6mm bagi membolehkan motor kipas ditetapkan kedudukannya. (gambar 7)
Bahagian pemegang penggelek
Untuk bahagian penggelek, kayu berukuran 7cm x 3cm x 25cm akan ditebuk dengan dua lubang pada bahagian bawahnya dan dimuatkan dengan nat tee ke dalamnya. Bahagian ini akan diketatkan pada rangka utama rekaan untuk menetapkan kedudukannya. Bagi bahagian pemegang, kayu berukuran 4cm panjang dengan tebal satu sentimeter pula akan dipotong dengan salah satu bahagian hujung berbentuk separa bulatan. (gambar 8)
Sementara bahagian penggelek, paip PVC akan digunakan bagi memudahkan ia dicuci selepas menggunakannya selain tidak melekat pada tepung. Sebelum menetapkannya pada kayu bahagian pemegang, masukkan bearing tersedia pada kedua-dua bahagian hujung paip diikuti dengan bolt berulir untuk menetapkannya. (gambar 10)
Bahagian bawah penggelek capati
Kayu asas atau tempat menggelek capati akan menggunakan kayu berbentuk bulat. Oleh itu awda perlu melakar bentuk bulatan berdiameter 23cm pada permukaan papan sebelum memotongnya menggunakan mesin jig. (gambar 11)