Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Alaves sukar kawal serangan Real Betis

    MADRID, 19 JAN – Real Betis berjaya mempertahankan kedudukan mereka di tempat ketiga dalam Liga Sepanyol dengan kemenangan 4-0 menentang pasukan bergelut, Alaves kelmarin.

    Kemenangan tersebut telah melonjakkan pasukan Manuel Pellegrini dengan empat mata ke hadapan pasukan tempat keempat, Atletico Madrid, yang tidak akan bermain sehingga minggu hadapan.

    Betis segera mendahului perlawanan pada separuh masa pertama dengan dua gol yang dijaringkan oleh pemain penyerang, Borja Iglesias dan satu lagi daripada Sergio Canales. Juanmi Jimenez menambah gol keempat pada awal separuh masa kedua untuk mengesahkan kemenangan dan mengakhiri tiga perlawanan tanpa kemenangan berturut-turut.

    Betis bangkit dengan kemenangan 2-1 ke atas pesaing mereka, Sevilla dalam perlawanan Copa del Rey yang ditangguhkan dan disambung semula sehari kemudian selepas seorang pemain Sevilla dipukul di kepala oleh sebatang paip PVC yang dibaling dari tempat duduk pada Sabtu lalu. Penyokong kembali ke tempat duduk mereka di Stadium Benito Villamarin kelmarin selepas perlawanan Copa disambung semula secara tertutup.

    Jurang antara Betis dengan pasukan tempat kedua, Sevilla dapat dikurangkan kepada tujuh mata dengan mendahului pasukan lawan yang berada di carta pertengahan, Valencia hari ini.

    Rekod tanpa kemenangan Alaves dalam liga dilanjutkan kepada sembilan perlawanan. Ia kekal di tempat ke-18, berada dalam zon penyingkiran.

    Sementara itu, dalam perlawanan lain, Raul de Tomas menjaringkan gol ketika enam minit hampir tamat apabila Espanyol menyamakan kedudukan seri 2-2 ke atas pasukan yang berada tempat kedua terakhir, Cadiz.

    Pasukan tuan rumah telah mendahului dengan jariangan gol oleh Ivan Alejo satu minit selepas masa tambahan. – AP

    Reaksi Sergio Canales meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan liga Sepanyol antara Real Betis dan Alaves di stadium Benito Villamarin di Seville, 18 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...