Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Alba sedia beraksi

    FORT LAUDERDALE, 2 OGOS – Pemain pertahanan Sepanyol, Jordi Alba berkata dia menyasarkan lebih banyak trofi selepas bersatu semula dengan bekas rakan sepasukan Barcelona, Lionel Messi dan Sergio Busquets di Inter Miami.

    Alba tersedia untuk kemungkinan penampilan sulungnya bersama Inter Miami dalam perlawanan Piala Liga hari ini menentang pesaing dari Florida, Orlando City selepas tiba di Miami pada hujung minggu.

    Pemain berusia 34 tahun itu memenangi lima kejuaraan liga Sepanyol dan satu gelaran Liga Juara-juara semasa bermain bersama Barca dan Kejohanan Eropah serta Liga Negara-negara dengan pasukan kebangsaan Sepanyol.

    “Saya datang ke sini untuk bersaing, untuk memenangi segala-galanya,” kata Alba dalam sidang media selepas sesi latihan kelmarin.

    “Saya sangat beruntung kerana memenangi segala-galanya bersama Barcelona dan hampir semuanya bersama pasukan kebangsaan ia adalah keputusan yang tepat untuk datang ke sini dengan projek yang sangat menarik.”

    Alba berkata impak sentuhan Messi dan Busquets, yang membawa Miami menang berturut-turut ke atas Cruz Azul dan Atlanta dalam peringkat kumpulan pertandingan tersebut, telah menunjukkan hasilnya.

    “Saya rasa kedatangan Busi (Busquets) dan Leo (Messi) telah menjadikan pasukan itu berkembang dengan pesat,” ujar Alba. “Dan saya akan menjadi pemain yang sama seperti di Eropah, saya akan mempamerkan prestasi yang terbaik dari diri saya sendiri.”

    Alba juga berkata walaupun dia tidak beraksi sejak kemenangan akhir Liga Negara-negara Sepanyol ke atas Croatia pada 19 Jun, dia telah mengekalkan dirinya dalam keadaan baik dan bersedia untuk beraksi. – AFP

    Aksi Alba semasa sesi latihan di Pusat Latihan Florida Blue di Fort Lauderdale, Florida baru-baru ini. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Barca menang bergaya atasi Athletic, rasmikan stadium Camp Nou

    BARCELONA, 23 NOV - Barcelona kembali dengan penuh gemilang...

    Pogba kembali beraksi setelah lebih 2 tahun

    PARIS, 23 NOV- Paul Pogba yang telah lama dinanti-nantikan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...