Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Albanese angkat sumpah untuk penggal kedua

    CANBERRA, 13 MEI – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dan para menterinya telah mengangkat sumpah selepas Parti Buruh memenangi penggal kedua dalam pilihan raya persekutuan, lapor Xinhua.

    Albanese bersama anggota kabinet, kementerian luar dan menteri pembantu secara rasmi mengangkat sumpah jawatan di hadapan Gabenor Jeneral Sam Mostyn, wakil rasmi monarki British di Australia, dalam satu istiadat di Rumah Kerajaan di Canberra pada pagi hari ini.

    Dalam upacara itu, kesemua 42 anggota kementerian melafazkan sumpah jawatan, berikrar untuk ‘berkhidmat dengan sebaik-baiknya’ kepada Komanwel Australia dalam peranan masing-masing.

    Kesemua 42 anggota itu terdiri daripada 23 ahli kabinet, tujuh anggota kementerian luar dan 12 menteri pembantu.

    Kabinet dan kementerian luar kekal hampir sepenuhnya seperti pada penghujung penggal pertama Albanese, dengan majoriti pemimpin kanan mengekalkan portfolio masing-masing termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Richard Marles, Bendahari Jim Chalmers dan Menteri Luar Penny Wong.

    Mengumumkan senarai menteri pada kelmarin, Albanese berkata ia merupakan kaukus Buruh terbesar dalam sejarah – merujuk kepada bilangan ahli politik parti itu yang dipilih ke parlimen persekutuan – selepas kemenangan besar pada pilihan raya 3 Mei.

    Dia berkata para menteri dan parti kini mempunyai ‘peluang luar biasa’ untuk mengubah Australia ‘menjadi lebih baik’.

    “Saya amat terharu dengan kepercayaan yang diberikan kepada kerajaan saya menerusi pilihan raya ini dan kami pastinya tidak akan mengambil mudah,” katanya.

    Antara perubahan dalam kementerian baharu ialah pelantikan Michelle Rowland sebagai Peguam Negara, menggantikan Mark Dreyfus yang digugurkan bersama bekas Menteri Sains dan Industri, Ed Husic susulan rundingan antara puak dalam parti. – Bernama

    Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese (tiga kiri), mengangkat sumpah jawatan di hadapan Gabenor Jeneral Australia, Sam Mostyn (dua kanan), semasa upacara di Rumah Kerajaan di Canberra pada 13 Mei. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...