Friday, May 2, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Albania alami perubahan iklim, jejas pembangunan pelancong

    TIRANA, 1 MEI – Pantai Albania dilanda perubahan iklim yang telah menjejaskan pembangunan pelancong. Dari Velipoja ke tempat tumpuan pelancong di Golem di mana pembinaan hotel dan restoran yang pesat mempercepatkan hakisan, pantai Adriatik yang cantik di negara itu kini berdepan ancaman.

    “Daripada pinggir laut Albania sepanjang 273 kilometer, kira-kira 154 kilometer daripadanya terjejas akibat hakisan,” kata pakar perancangan bandar, Besjana Shehu, kepada AFP.

    Pelancongan di negara Balkan itu berkembang pesat, daripada 5.1 juta pelawat pada 2018 kepada 10.1 juta pada 2023. Tetapi hotel, restoran dan kelab pantai yang baharu turut menjejaskan alam semula jadi.

    Peningkatan paras laut akibat perubahan iklim merumitkan lagi keadaan.

    Di Velipoja, kawasan perlindungan berhampiran sempadan dengan Montenegro, laut meningkat lebih daripada lima meter setahun.

    Pemandangan udara yang diambil di Durres pada 15 April 2025 menunjukkan benteng dibina di sepanjang pantai untuk mengawal hakisan pantai. – AFP

    Ia telah memasuki 210 meter ke dalam hutan pantai, mengancam keseluruhan ekosistem yang tidak boleh hidup dalam air masin.

    Berpuluh-puluh pokok pain berselerak di atas pasir, kebanyakannya tumbang akibat ribut kuat akhir bulan lalu.

    “Taman Velipoja semakin mengecil,” kata ketua agensi kawasan perlindungan untuk wilayah Shkodra, Agim Dardha.

    “Dalam tempoh 10 tahun lalu sahaja ia telah kehilangan lebih 30 hektar,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda