Monday, December 23, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Albania dijangka menutup perkhidmatan TikTok selama setahun

    TIRANA, 22 DIS – Perdana Menteri Albania berkata kelmarin, kerajaan akan menutup perkhidmatan video TikTok selama setahun, menyalahkannya kerana menghasut terhadap keganasan dan buli, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

    Pihak berkuasa Albania mengadakan 1,300 pertemuan dengan guru dan ibu bapa berikutan kematian seorang remaja ditikam pada pertengahan November lalu oleh remaja lain selepas pertengkaran yang bermula di TikTok.

    Perdana Menteri Albania, Edi Rama, bercakap pada pertemuan dengan guru dan ibu bapa, berkata TikTok ‘akan ditutup sepenuhnya untuk semua. … Tidak akan ada TikTok di Republik Albania.’ Rama berkata penutupan itu akan bermula pada tahun depan.

    Namun demikian, adalah tidak jelas sama ada TikTok mempunyai kontak di Albania atau sebaliknya.

    TikTok dalam respons e-mel terhadap permintaan komen kelmarin meminta ‘kejelasan segera daripada kerajaan Albania’ mengenai kes remaja yang ditikam itu. Syarikat itu berkata ia ‘tidak menemui bukti bahawa pelaku atau mangsa mempunyai akaun TikTok, dan beberapa laporan sebenarnya telah mengesahkan video yang membawa kepada insiden ini disiarkan pada platform lain, bukan TikTok.’

    Menurut penyelidik tempatan, kanak-kanak Albania terdiri daripada kumpulan pengguna TikTok terbesar di negara itu.

    Kebimbangan ibu bapa Albania semakin meningkat selepas laporan kanak-kanak membawa pisau dan objek lain ke sekolah untuk digunakan dalam pertengkaran atau kes buli yang dipromosikan oleh cerita yang mereka lihat di TikTok.

    Bagaimanapun, operasi TikTok di China, tempat syarikat induknya berpangkalan, adalah berbeza, “mempromosikan cara belajar yang lebih baik, cara memelihara alam semula jadi … dan sebagainya,” menurut Rama.

    Pihak berkuasa Albania telah menetapkan satu siri langkah perlindungan di sekolah, bermula dengan peningkatan kehadiran polis, program latihan dan kerjasama yang lebih erat dengan ibu bapa. – AP

    Gambar fail bertarikh 28 September 2020 menunjukkan logo aplikasi TikTok, di Tokyo, Jepun. – AP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda