Wednesday, September 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alberto Fujimori meninggal dunia pada usia 86 tahun

    LIMA, 12 SEPT – Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori, yang menghabiskan 16 tahun dalam penjara atas jenayah terhadap kemanusiaan, meninggal dunia, kelmarin, pada usia 86 tahun di ibu kota Lima.

    “Selepas lama berjuang dengan kanser, bapa kami, Alberto Fujimori, telah pergi menemui Tuhan,” tulis anak-anaknya Keiko, Hiro, Sachie, dan Kenji Fujimori dalam platform media sosial X.

    Fujimori, yang memimpin Peru dari 1990 hingga 2000, dibebaskan dari penjara atas dasar kemanusiaan pada bulan Disember, dua pertiga dari tempoh hukuman 25 tahun kerana jenayah terhadap kemanusiaan semasa pemerintahannya.

    Beliau merupakan sebahagian penting dalam perang Peru yang dikenali sebagai perang terhadap keganasan, dengan pasukan kerajaan bertempur menentang pemberontak berhaluan kiri Shining Path dan Tupac Amaru.

    Menurut sebuah suruhanjaya kebenaran kerajaan, konflik tersebut mengakibatkan lebih 69,000 kematian dan 21,000 orang hilang dari tahun 1980 hingga 2000, kebanyakannya orang awam.

    Keiko Fujimori berkata bahawa upacara berkabung bapanya akan bermula hari ini di Muzium Nasional dan pengebumian akan diadakan pada Sabtu. – AFP

    Penyokong Alberto Fujimori menjerit slogan selepas kematiannya di luar rumah anak perempuannya, bekas calon presiden Peru Keiko Fujimori, di Lima pada 11 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda