Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Album baharu Marsha angkat budaya Sabah, Sarawak

    Selepas kejayaan di Anugerah Lagu ke-39 (AJL39) Februari lalu, penyanyi Marsha Milan muncul dengan album terbaharu berjudul ‘Misompuru’.

    Menurut Marsha atau Marsha Milan Londoh, 40, album ini merupakan impian yang dinanti selepas 20 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.

    Kata Marsha, ‘Misompuru’ menggabungkan elemen muzik dari Sabah dan Sarawak dengan konsep keramaian bagi merayakan budaya di Borneo, menurut laporan mStar.

    “Misompuru bermaksud keramaian, sesuai untuk majlis perjumpaan beramai-ramai sekali gus menjadi sebuah album penuh inspirasi.

    “Setiap lagu memiliki kisah dan melodi tersendiri. Dengan konsep keramaian menggabungkan pelbagai elemen budaya, album ini dihasilkan sebagai satu perayaan muzik yang meraikan keindahan kepelbagaian.

    “Album ini merupakan simbol kepada usaha saya dalam mengangkat budaya Sabah dan Sarawak ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

    Dalam pada itu, Marsha berharap album ‘Misompuru’ ini bukan hanya dapat mencuri hati peminat di Borneo, tetapi juga di Semenanjung Malaysia.

    “Album ini menampilkan lima buah lagu pelbagai genre daripada komposer berbakat dari Borneo.

    “Saya berharap album ini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat bukan hanya di Sabah dan Sarawak malah di Semenanjung Malaysia juga,” ujarnya.

    Antara lima lagu yang terkandung dalam ‘Misompuru’ termasuk Nalan-Nalan, Lintah Darat, Pelangi Pasti, Santai Saja dan Hey Aramai Ti.

    Album ‘Misompuru’ kini boleh didengar di semua platform penstriman digital. – Agensi

    Album ‘Misompuru’ memuatkan lima buah lagu baharu.- mStar

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Temui ketenangan jiwa dalam lukisan berus

    Dendam Tok Darud

    Inara Rusli didakwa perosak rumah tangga

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Berangkat hadir Majlis Penutupan Rasmi ISG6

    Oleh Sim Y. H - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    Temui ketenangan jiwa dalam lukisan berus

    SELANGOR - Kelas lukisan berus Cina selama empat jam...

    Dendam Tok Darud

    (Siri 17) Oleh Dino MN - Baru saja tiga bulan penduduk...

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...