Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Album baru Siti Nurhaliza dijual di butik

    BANGI – Album terbaru Datuk Siti Nurhaliza, SimetriSiti, bakal dijual di butik Creacion dan stesen Petronas terpilih, bermula Ramadan ini.

    Siti berkata, album terbabit dipasarkan di butik miliknya dan stesen minyak terbabit di seluruh negara kerana lokasi berkenaan menjadi tumpuan ramai, sekali gus memudahkan peminat untuk memilikinya.

    “Perkara ini sudah diperincikan sejak akhir tahun lalu, sebelum album studio ke-17 saya berada di pasaran lagi. Saya berbesar hati apabila peminat kini berpeluang untuk mendapatkan semua produk, termasuk alat solek dan album saya, di bawah satu bumbung di butik Creacion. Perbincangan dengan pengurusan Petronas juga sudah memasuki fasa akhir. Insya-Allah, jualan album saya di stesen terpilih di seluruh negara dapat dimulakan menerusi SimetriSiti,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan butik kedua Creacion by Siti Nurhaliza.

    Menyentuh mengenai jualan SimetriSiti yang memuatkan 10 lagu baru termasuk Segala Perasaan dan Aku Bukan Malaikat, yang mula berada di pasaran 10 Mei lalu, katanya sambutan diberikan terhadap album berkenaan, sama ada fizikal mahupun digital adalah memberangsangkan.

    Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk K pada pelancaran Butik Creacion dan Simplysiti by Siti Nurhaliza di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
    Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk K pada pelancaran Butik Creacion dan Simplysiti by Siti Nurhaliza di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda