Friday, June 28, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Alcaraz akur dengan kekalahan

    LONDON, 21 JUN – Juara Wimbledon, Carlos Alcaraz mengakui kekalahan adalah ‘sebahagian daripada hidup kita’ selepas tewas secara mengejut kepada pemain Britain, Jack Draper dalam pusingan 16 terakhir kejohanan Queen’s Club di London kelmarin.

    Alcaraz, yang juga merupakan juara bertahan Queen’s, tewas dengan keputusan 7-6 (7/3), 6-3 kepada pemain nombor satu Britain itu, Draper yang turut meraih kemenangan terbesar dalam kariernya.

    Pemain nombor dua dunia, Alcaraz tiba untuk acara pemanas badan di gelanggang rumput untuk Wimbledon selepas menjuarai Terbuka Perancis di gelanggang tanah liat Roland Garros.

    Namun, pemain Sepanyol berusia 21 tahun itu tidak dapat mengatasi Draper, 22, yang berhasrat untuk menjadi juara perseorangan lelaki Britain pertama di Queen’s sejak Andy Murray memenangi gelaran kelimanya pada acara itu pada tahun 2016.

    Bagi Alcaraz, ini merupakan kekalahan pertamanya di gelanggang rumput dalam hampir dua tahun, dan dia menegaskan bahawa dia ‘berazam untuk menjadi lebih baik’ di Wimbledon.

    “Sudah tentu sukar untuk menghadapi kekalahan, tetapi saya percaya ia adalah sebahagian daripada kehidupan kita,” katanya.

    “Kita perlu menghadapinya sebaik mungkin. Selepas kekalahan, awda perlu mengambil perkara positif dan sudah tentu perkara negatif sekadar untuk memperbaiki prestasi pada kejohanan seterusnya.

    “Saya harus memberikan pujian kepada Jack. Saya rasa dia bermain dengan sangat baik hari ini.” – AFP

    Reaksi Alcaraz selepas kehilangan satu mata ketika menentang Draper pada kejohanan The Queen’s Club, di London pada 20 Jun 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S, AS dan Jepun mula latihan ketenteraan

    SEOUL, 27 JUN - Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memulakan latihan ketenteraan baharu hari ini, kata Ketua Turus Tentera Seoul, ketika sekutu-sekutu...