PARIS, 7 JUN – Carlos Alcaraz akan menentang Novak Djokovic dalam separuh akhir Terbuka Perancis selepas pemain nombor satu dunia dari Sepanyol itu menewaskan Stefanos Tsitsipas 6-2, 6-1, 7-6 (7/5) kelmarin.
Alcaraz berusia 20 tahun menjadi pemain separuh akhir Terbuka Perancis termuda lelaki sejak Djokovic pada 2007 selepas menewaskan bekas naib juara Roland Garros, Tsitsipas buat kali kelima dalam banyak percubaan.
Alcaraz akan berdepan Djokovic buat kali kedua dalam kariernya. Dia menewaskan juara Grand Slam 22 kali itu dalam tiga set di Madrid tahun lalu.
“Semua orang mahu menonton perlawanan ini dan saya rasa ia akan menjadi perlawanan yang baik untuk dimainkan dan ditonton juga,” kata Alcaraz mengenai pertarungannya yang belum selesai dengan Djokovic.
“Saya benar-benar mahu bermain perlawanan ini. Jika awda mahu menjadi yang terbaik, awda perlu menewaskan yang terbaik, dan Novak Djokovic adalah antara yang terbaik di dunia pada masa ini.”

Tsitsipas memulakan suku akhir sesi malam dengan keyakinan tetapi Alcaraz tidak lama kemudian meraih kawalan dengan dua breaks untuk merebut set pembukaan.
Campuran drop shots lembut Alcaraz dan groundstrokes yang tajam terlalu banyak untuk Tsitsipas tangani, yang tewas pada set kedua dengan kesilapan berganda.
Pilihan utama itu mendahului pada awal set ketiga tetapi gagal melakukan servis pada kedudukan 5-3 apabila Tsitsipas memberikan beberapa tentangan lewat, menyelamatkan lima mata perlawanan sebelum akhirnya tewas dalam tie-break.
“Saya hilang fokus sedikit pada penghujung set ketiga,” kata Alcaraz.
“Dia mula bermain dengan lebih baik dan sudah tentu, apabila saya kehilangan fokus sedikit, saya menghadapi masalah.
“Saya gembira dapat pulih daripada masalah itu dan masih fokus dan bermain pada tahap yang hebat.” – AFP