Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alcaraz berhasrat memenangi Terbuka AS

    NEW YORK, 11 SEPT – Carlos Alcaraz menegaskan dia ‘tidak gentar’ ketika dia menyasarkan gelaran Terbuka AS dan melakar sejarah sebagai pemain nombor satu dunia lelaki termuda pada Ahad.

    Pemain Sepanyol berusia 19 tahun itu akan menentang Casper Ruud dalam perlawanan akhir dengan kedua-duanya memburu gekaran sulung Slam dan ranking teratas.

    “Saya tidak gentar pada masa ini,” kata Alcaraz, finalis termuda di Slam sejak rakan senegara Rafael Nadal memenangi Terbuka Perancis pada 2005.

    Dalam kejohanan yang menyaksikan Novak Djokovic dan Roger Federer gagal membuat permulaan yang baik, dan pemenang empat kali Nadal tewas pada pusingan 16 terakhir, Alcaraz telah meningkat kedudukannya sebagai bakal juara.

    Hasil pukulan yang memukau dan kecemerlangannya telah menyaksikan dia mengatasi lima pukulan berturut-turut untuk mara ke final.

    Reaksi Carlos Alcaraz selepas memperoleh satu mata menentang Frances Tiafoe semasa separuh akhir kejohanan tenis Terbuka AS di New York, 9 September. –AP

    Dia menghabiskan lebih daripada 13 jam di gelanggang dalam tiga maraton itu.

    Alcaraz menentang Jannik Sinner, dalam perlawanan suku akhir,

    mengambil masa selama lima jam 15 minit yang berakhir pada 2:50 pagi Khamis, dia menyelamatkan mata perlawanan.

    Dia kemudian memerlukan empat mata perlawanan untuk menamatkan saingan Frances Tiafoe pada separuh akhir pada Jumaat, yang merupakan perlawanan keempat terpanjang kejohanan itu.

    Ia merupakan kemenangan ke-50 Alcaraz pada tahun 2022.

    Persembahan sebegitu telah meyakinkan bahawa pemain bintang Alcaraz telah mensasarkan kemenangan untuk merangkul gelaran Slam pertamanya.

    Alcaraz mempunyai rekod kemenangan 2-0 ke atas Ruud, yang akan bermain di final Slam keduanya selepas menamatkan saingan Nadal di Terbuka Perancis pada Jun.

    Salah satu daripada kemenangan itu dicatat di gelanggang keras pada Mac. Ia adalah salah satu daripada empat gelaran Alcaraz pada 2022. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda