Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Alcaraz catat permulaan baik di Miami

    MIAMI, 26 MAC – Pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz membuat permulaan yang baik untuk mempertahankan gelarannya di Terbuka Miami dengan mengalahkan Facundo Bagnis dari Argentina dengan set 6-0, 6-2 pada Jumaat lalu.

    Pemain Sepanyol berusia 19 tahun itu, yang merupakan pemain termuda yang pernah mencapai ranking nombor satu dunia, kini berusaha melengkapkan ‘Sunshine Double’ selepas mengalahkan Daniil Medvedev dalam kejohanan akhir Indian Wells minggu lalu.

    Alcaraz memulakan perlawanan dengan cemerlang dengan memenangi 11 mata pertama, dan Bagnis yang berusia 33 tahun gagal menangkis pukulan kuat daripada pemain remaja itu.

    Penonton di Hard Rock Stadium bersorak ketika Bagnis yang belum pernah mengalahkan pemain ranking 20 teratas sebelum ini, berjaya mengekalkan servis dalam set kedua dan seterusnya mematahkan servis Alcaraz untuk menjadikan skor 2-2.

    Namun, ia hanya satu kelegaan seketika bagi Bagnis dan bukannya sebarang perubahan dalam momentum, dan Alcaraz tidak menghadapi masalah lanjut untuk memenangi pertandingan dalam masa 65 minit.

    “Memulakan kejohanan baharu tidak mudah, dengan keadaan yang berbeza. Saya perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baharu ini, tetapi saya sangat fokus dalam perlawanan dari awal, dan saya gembira dengan cara saya bermain,” kata pemain Sepanyol itu.

    Alcaraz perlu menang di sini untuk mengekalkan kedudukan nombor satu dalam ranking, dan akan berdepan Dusan Lajovic dari Serbia atau Maxime Cressy dari Amerika Syarikat dalam pusingan ketiga. – AFP

    Carlos Alcaraz, semasa kejohanan tenis Terbuka Miami, di Miami Gardens, Florida, Jumaat lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...