LONDON, 14 JULAI – Carlos Alcaraz akan bertemu Daniil Medvedev hari ini untuk merebut tempat ke final Wimbledon, di mana Novak Djokovic berkemungkinan akan menanti di pusingan akhir.
Pemain pilihan utama kelahiran Sepanyol dilihat semakin meningkat sejak empat perlawanan terakhir tetapi tiada sesiapa yang menjangkakan pertemuan menentang Djokovic, yang bakal bersaing menentang pemain ranking kelapan, Jannik Sinner.
Jannik Sinner tidak akan tunduk dengan mudah selepas kekalahan memeritkan di pusingan suku akhir Wimbledon tahun lalu di tangan Novak Djokovic.
Pemain Itali itu berada dua set di hadapan sebelum Djokovic memberi semangat pada dirinya sendiri selepas rehat.
Tindakan tersebut berhasil, di mana dia berjaya mematahkan pukulan awal dan sejak itu tidak lagi menoleh ke belakang, tewas hanya tujuh perlawanan sepanjang tiga set ketika dia meraih kemenangan.
Djokovic semakin hampir menggenggam dua rekod – menyamai rekod lapan kejuaraan perseorangan lelaki yang dicatat oleh Roger Federer di Wimbledon dan rekod terbaik sepanjang Margaret Court dengan 24 gelaran Grand Slam.
Dia bukanlah pemain pilihan utama tetapi berkata pencapaiannya yang luar biasa di Kelab All England telah membuatkannya sebagai pencabar utama.- AFP


