Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Alcaraz juara Terbuka Miami termuda

    MIAMI, 4 APRIL – Carlos Alcaraz percaya menonton idola zaman kanak-kanak, Rafael Nadal membantunya menjadi juara Terbuka Miami termuda kelmarin.

    Alcaraz, pemain yang berusia 19 tahun pada bulan hadapan, menunjukkan mengapa ramai yang percaya dia kini merupakan prospek pemain muda terhangat dalam tenis lelaki dengan kemenangan 7-5, 6-4 ke atas pemain nombor lapan dunia Norwat, Casper Ruud untuk merangkul mahkota Masters ATP pertama.

    Hanya dua lelaki telah memenangi gelaran pada peringkat ini pada usia yang lebih muda iaitu Michael Chang, yang berusia 18 tahun dan lima bulan ketika dia menang di Toronto pada 1990, dan Rafael Nadal, 18 tahun 10 bulan ketika dia menang di Monte Carlo pada 2005.

    Alcaraz hanya kehilangan satu set dalam perjalanan ke kemenangannya di Miami dan kini akan beraksi di gelanggang yang disokong oleh kemenangan terbesar dalam kariernya.

    Masih jauh lagi perjalanan sebelum hampir meniru karier pemain legenda 21 iaitu rakan senegaranya yang memenangi Grand Slam Nadal tetapi Alcaraz berkata dia bercadang untuk berseronok dalam mencubanya.

    “Saya sentiasa menyanjung tinggi kepada Rafa, saya sentiasa menonton detik-detik besar dan perlawanannya serta belajar banyak daripada itu,” Alcaraz, yang menerima panggilan tahniah daripada Raja Sepanyol, Felipe VI, selepas kemenangan terkenal yang menyaksikan dia rebah ke lantai apabila memenangi keputusan mata terakhir, memberitahu kepada AFP.

    “Apabila saya jatuh ke lantai, semua masa yang saya impikan perkara ini datang kepada saya,” tambah Alcaraz, ditewaskan oleh Nadal pada separuh akhir di Indian Wells bulan lalu.

    Nadal adalah antara yang pertama mengucapkan tahniah kepada Alcaraz atas kemenangannya kelmarin, memuji kejayaan tersebut sebagai sesuatu yang bersejarah. – AFP

    Alcaraz menjadi juara Terbuka Miami termuda selepas dia mengalahkan Casper Ruud dari Norway untuk memenangi gelaran Masters ATP pertamanya. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...