Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Alcaraz kembali bergelar pemain nombor satu dunia

    NEW YORK, 8 SEPT – Carlos Alcaraz meraih kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat kali kedua selepas menundukkan Jannik Sinner, sekali gus kembali menduduki ranking nombor satu dunia.

    Pemain Sepanyol berusia 22 tahun itu menewaskan pencabar dari Itali berkenaan 6-2, 3-6, 6-1, 6-4 dalam aksi final di Stadium Arthur Ashe, semalam. Kejayaan itu juga menandakan transformasi Alcaraz daripada pemain muda yang impulsif kepada tahap kematangan dengan koleksi enam gelaran Grand Slam.

    Selepas Alcaraz tewas dalam final Wimbledon kepada Sinner Julai lalu, Alcaraz bangkit dengan penuh bergaya dan keyakinan di Flushing Meadows.

    “Ranking nombor satu adalah sasaran saya sejak awal tahun dan menamatkan kemarau itu pada hari sama saya memenangi satu lagi gelaran Grand Slam adalah sesuatu yang luar biasa,” katanya kepada media.

    Alcaraz, yang kali pertama menjulang trofi Grand Slam di Terbuka AS pada 2022, mengakui pencapaian terbaharunya lebih mencerminkan kematangan diri. “Yang pertama adalah tentang usia muda saya dan kali ini lebih kepada kematangan. Sedikit demi sedikit saya belajar bagaimana menangani pelbagai situasi,” ujarnya.

    Alcaraz bergambar bersama trofinya selepas menewaskan Sinner di Pusat Tenis Kebangsaan USTA Billie Jean King pada 7 September. – AFP

    “Sejurus selepas perlawanan akhir Wimbledon, saya hanya fikir saya perlu memperbaiki diri jika saya mahu menewaskannya,” katanya.

    “Jika saya mahu memenangi Terbuka AS, jika saya mahu menewaskan Jannik, saya perlu bermain dengan sempurna.”

    Persembahannya di Flushing Meadows memang hampir sempurna.

    Sepanjang kejohanan, Alcaraz hanya tewas satu set, iaitu ketika bertemu Sinner dalam final sekali gus meninggalkan New York dengan rekod 13 kemenangan berturut-turut serta gelaran ketujuh musim ini.

    “Saya rasa ini adalah kejohanan terbaik setakat ini yang pernah saya mainkan,” tambah Alcaraz. “Konsistensi saya sepanjang kejohanan adalah tahap sangat tinggi, yang sangat saya banggakan.”

    Jurulatihnya, Juan Carlos Ferrero, menekankan betapa dia telah berkembang sejak memenangi major pertamanya pada 2022.

    Bekas juara Terbuka Perancis itu menegaskan, bagaimanapun, Alcaraz masih dalam proses belajar.

    “Seperti mana-mana pemain, dia mempunyai kelemahan, tetapi dia memperbaikinya sepanjang masa.

    “Masih banyak ruang untuk berkembang. Jika kita pernah rasa dia sempurna, pada masa itulah kita akan melakukan kesilapan terbesar,”tambah Ferrero.

    Alcaraz sudah memikirkan matlamat besar untuk seterusnya iaitu memenangi Terbuka Australia untuk melengkapkan karier Grand Slam. – Reuters

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...