TURIN, 14 NOV – Pukulan drop shot Carlos Alcaraz menjadi dan membantunya mengatasi masalah fizikal yang dihadapi sebelumnya untuk meraih kemenangan 6-3, 7-6 (8) ke atas Andrey Rublev di ATP Finals kelmarin.
Kemenangan itu meletakkan Alcaraz kembali bersaing untuk merebut tempat ke separuh akhir kejohanan akhir tahun untuk lapan pemain terbaik, selepas dia dikalahkan oleh Casper Ruud dalam straight set dalam perlawanan pembukaannya.
Alcaraz berkata selepas perlawanan Ruud pada hari Isnin bahawa dia tidak sihat dan ‘perutnya tidak selesa.’ Pemain Sepanyol itu kemudiannya memendekkan sesi latihan pada hari Selasa.
“Saya hanya cuba fokus pada permainan saya, pada apa yang perlu saya lakukan, dan melupakan bahawa saya tidak sihat, saya sakit dan semua perkara itu,” kata Alcaraz.
Alcaraz turut memakai jalur hidung merah jambu untuk membantu pernafasannya. “Ia adalah sesuatu yang saya akan pakai lebih kerap,” katanya. “Saya boleh pulih lebih baik mengejar mata.”
Alcaraz berjaya menghasilkan beberapa pukulan drop-shot yang memberi kemenangan set dan semasa Rublev berlari mengejar bola pendek, pemain Sepanyol itu membalas pukulan yang memberi mata.
“Saya rasa seperti bulan lepas saya tidak dapat membuat drop shot yang baik,” kata Alcaraz, yang kedudukannya jatuh di belakang Alexander Zverev ke No. 3 dalam ranking minggu ini.
“Dan saya berfikir, ‘Apa yang sedang berlaku?’ Anda tahu, gaya saya, permainan saya adalah tentang bermain pukulan seperti ini … jadi saya cuba melakukannya hari ini.”
Secara keseluruhan, Alcaraz menghasilkan lebih dua kali lebih banyak pukulan kemenangan berbanding Rublev, 31-14.
Alcaraz bakal menentang Zverev dalam perlawanan terakhir kumpulannya sementara Rublev menentang Ruud. – AP