Thursday, December 5, 2024
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alcaraz langkah kanan di Paris Masters

    PARIS, 30 OKT – Pemain tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz, membuka kempen di Masters Paris dengan kemenangan 7-5, 6-1 ke atas Nicolas Jarry dari Chile, semalam.

    Selepas mendapat bye pada pusingan pertama, Alcaraz menggunakan kesempatan mendahului 3-0 tetapi Jarry berjaya mengejar sebelum juara Terbuka Perancis itu akhirnya memenangi set pertama dengan 7-5.

    Namun, Alcaraz menunjukkan prestasi cemerlang dalam set kedua, membenarkan lawannya dari Chile memenangi satu permainan sebelum mebgesahkan kemenangan.

    “Sudah dua tahun sejak saya memenangi perlawanan di sini di Paris… jadi setiap kali saya meneruskan perlawanan adalah satu anugerah bagi saya,” kata pemain berusia 21 tahun itu.

    “Saya sangat gembira dapat melewati set pembukaan, ia sangat penting untuk saya masuk ke set kedua dengan lebih yakin.

    “Saya (perlukan) masa untuk menyesuaikan diri dengan kelajuan di gelanggang,” tambahnya.

    Alcaraz adalah pilihan utama untuk meraih gelaran pertamanya di gelanggang permukaan keras di Bercy Arena selepas pemain nombor satu dunia dari Itali, Jannik Sinner, menarik diri daripada kejohanan lebih awal akibat jangkitan usus.

    Dia akan berdepan sama ada pemain Perancis, Ugo Humbert di pusingan 16 akhir. – AFP

    Aksi Alcaraz semasa kejohanan tenis di Accor Arena – Palais Omnisports de Paris-Bercy, Paris, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda