Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alcaraz mara final pertama Terbuka China

    BEIJING, 1 OKT – Pemain pilihan kedua, Carlos Alcaraz, berjaya menundukkan Daniil Medvedev untuk mara ke final pertamanya di Terbuka China selepas meraih kemenangan 7-5, 6-3 dalam perlawanan separuh akhir, hari ini.

    Alcaraz akan bertemu pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, atau pemain wildcard dari China, Bu Yunchaokete, untuk merebut gelaran di Beijing. Medvedev, pilihan ketiga dari Rusia, cuba mengulangi pencapaiannya ke final tahun lalu, namun kali ini pemain berusia 21 tahun dari Sepanyol itu menunjukkan prestasi cemerlang, menyekat kemaraan Medvedev, yang mengalami masalah pada kaki kirinya, terpaksa mendapatkan rawatan sebanyak dua kali pada set kedua.

    “Saya rasa bermain dengan sangat baik. Jika saya mahu menewaskan Daniil, saya perlu bermain tenis berkualiti tinggi,” kata Alcaraz, juara empat kali kejohanan Grand Slam yang masih belum tewas sebarang set dalam kejohanan itu.

    “Saya sangat gembira dengan permainan saya di gelanggang hari ini. Ini adalah separuh akhir yang tidak boleh saya minta dengan lebih baik lagi,” tambahnya.

    Selepas perlawanan tersebut, kedua-dua pemain saling bertukar kata mesra di jaring.

    Medvedev secara berseloroh berkata dia mungkin perlu menyamar sebagai Botic van de Zandschulp, pemain Belanda yang mengejutkan Alcaraz dalam pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat baru-baru ini, untuk mengalahkan Alcaraz.

    “Mungkin ini boleh membantu,” kata Medvedev kepada wartawan.

    Sementara itu, Zhang Shuai, pemain ranking ke-595 dunia, meneruskan kebangkitan luar biasanya dengan mara ke peringkat seterusnya. – AFP

    Alcaraz ketika beraksi pada perlawanan separuh akhir di Beijing, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda