Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alcaraz mara ke suku akhir

    ROTTERDAM, 7 FEB – Carlos Alcaraz mara ke suku akhir Terbuka Rotterdam kelmarin dengan kemenangan mudah straight set ke atas pemain kelayakan Itali, Andrea Vavassori.

    Alcaraz, pemain nombor satu dunia, terlalu hebat untuk pemain yang berada di rangking ke-317 dunia, Vavassori dari segi kekuatan dan ketepatan, dengan kemenangan 6-2, 6-1 dalam masa lebih satu jam.

    “Hari ini, saya rasa telah memukul bola dengan baik. Saya hanya berharap dapat terus bermain dan menjadi sedikit lebih baik pada pusingan seterusnya,” kata Alcaraz selepas perlawanan.

    Alcaraz yang mengenakan alat bantuan pernafasan di hidung kerana sedang pulih dari penyakit, memulakan perlawanan dengan cemerlang, memecah servis pada permainan pertama dan mengakhiri set dengan 6-2 selepas Vavassori melakukan pukulan forehand yang jauh.

    Alcaraz sekali lagi memecah servis pada set kedua, mengambil permainan ketiga dengan pukulan lob yang cantik. Break kedua berlaku dengan cepat selepas itu apabila Vavassori melakukan double-fault.

    Carlos Alcaraz memulangkan pukulan menentang Andrea Vavassori dari Itali pada hari keempat kejohanan tenis ATP500 Terbuka Rotterdam di venue Ahoy, Rotterdam, pada 6 Februari. – AFP

    Alcaraz menamatkan perlawanan dengan satu lagi break servis, menghantar pukulan forehand yang kuat ke kaki Vavassori, yang hanya dapat mendorong bola keluar.

    “Saya tidak mengalami sebarang turun naik hari ini, yang baik untuk saya, sesuatu yang saya sedang usahakan,” kata Alcaraz.

    Kemenangan kelmarin adalah berbeza dengan perlawanan pusingan pertama, apabila dia memerlukan hampir tiga jam untuk mengalahkan wira tempatan, Botic van de Zandschulp.

    “Perlawanan pertama dalam setiap kejohanan tidak pernah mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, jadi saya hanya cuba untuk memanfaatkan masa yang saya habiskan di sini dalam pusingan pertama,” katanya.

    Alcaraz akan menentang Pedro Martinez untuk merebut tempat di separuh akhir selepas rakannya dari Sepanyol itu mengejutkan pilihan kelima Denmark, Holger Rune, dengan kemenangan 6-4, 6-1. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda