Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Alcaraz raih gelaran Monte Carlo Masters

    MONTE CARLO, 14 APRIL – Carlos Alcaraz merangkul gelaran sulung Monte Carlo Masters selepas menewaskan pemain Itali, Lorenzo Musetti dengan keputusan 3-6, 6-1, 6-0 pada aksi final semalam.

    Ia merupakan gelaran Masters keenam buat pemain Sepanyol berusia 21 tahun itu, yang juga pemenang empat gelaran Grand Slam, dan kejayaan paling berprestijnya sejak memenangi Wimbledon tahun lalu.

    “Saya sangat gembira kerana berjaya menang di Monte Carlo buat kali pertama,” kata Alcaraz, yang tewas pada perlawanan pertamanya dalam satu-satunya penampilan di kejohanan ini pada 2022.

    “Ia minggu yang sangat sukar dengan banyak cabaran. Saya sangat bangga dengan diri sendiri atas cara saya mengharunginya. Ia bulan yang mencabar, dari segi perlawanan dan juga kehidupan peribadi.

    “Datang ke sini dan melihat segala usaha keras membuahkan hasil amat menggembirakan.”

    Kemenangan itu menyaksikan Alcaraz melonjak satu tangga dalam ranking dunia dan merampas kedudukan kedua daripada Alexander Zverev.

    Musetti, yang mara ke final Masters 1000 pertamanya selepas menewaskan dua pemain 10 teratas – Stefanos Tsitsipas dan Alex de Minaur – memulakan perlawanan dengan baik apabila memenangi set pertama, selepas Alcaraz bergelut menyesuaikan diri.

    Namun, Alcaraz bangkit dengan permainan lebih bertenaga untuk meraih kemenangan 6-1 dalam set kedua dan mendominasi set ketiga seterusnya apabila Musetti mula menunjukkan masalah di kaki kanannya dan menerima rawatan ketika ketinggalan 0-3.

    Walaupun terus berjuang, Musetti tidak mampu menyaingi intensiti dan fizikal permainan lawannya. – AFP

    Carlos Alcaraz (kiri) meraikan kemenangan bersama trofi selepas menewaskan Lorenzo Musetti dalam perlawanan akhir kejohanan tenis Monte Carlo ATP Masters Series di Kelab Monte Carlo Country, Roquebrune-Cap-Martin pada 13 April. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Barca menang bergaya atasi Athletic, rasmikan stadium Camp Nou

    BARCELONA, 23 NOV - Barcelona kembali dengan penuh gemilang...

    Pogba kembali beraksi setelah lebih 2 tahun

    PARIS, 23 NOV- Paul Pogba yang telah lama dinanti-nantikan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...