Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Alcaraz rangkul kejuaraan Terbuka Argentina

    BUENOS AIRES, 20 FEB – Carlos Alcaraz kembali beraksi buat kali pertama dalam tempoh hampir empat bulan dengan kemenangan 6-3, 7-5 ke atas Cameron Norrie pada perlawanan akhir Terbuka Argentina kelmarin.

    Ia merupakan gelaran ketujuh dalam kariernya buat pemain Sepanyol berusia 19 tahun itu dan yang pertama sejak memenangi Terbuka AS pada September sebelum dia menjadi pemain nombor satu dunia termuda.

    Kecederaan otot kaki ketika mengikuti kejohanan Paris Masters pada November bermakna Alcaraz terlepas permulaan musim ini, termasuk Terbuka Australia yang dimenangi Novak Djokovic. Dia juga kehilangan ranking teratasnya kepada pemain Serbia itu.

    Pemain nombor dua dunia, Alcaraz mengekalkan rekod kemenangan kepada 4-1 ke atas pemain ranking ke-12, Norrie, selepas mencatat kejayaan pada minit ke-93, kelmarin.

    Perlawanan ini mengambil tempoh yang lama untuk Alcaraz apabila bergelut melalui dua deuces sebelum melakar kemenangan menunjukkan penguasaannya dalam gelanggang tidak pernah hilang meskipun disisihkan dalam tempoh yang lama.

    Dia akan mendapat peluang untuk menambah satu lagi kejuaraan ketika dia menuju ke Rio minggu depan untuk mempertahankan trofi yang dimenanginya pada 2022.

    Alcaraz adalah pemain Sepanyol pertama memenangi kejuaraan di Buenos Aires sejak Rafael Nadal pada 2015 dan dia melakukannya dalam beberapa gaya, hanya tewas satu set dalam empat kemenangannya sepanjang minggu dan itu adalah dalam perlawanan pertamanya menentang Laslo Djere dari Serbia.

    Kemenangan kelmarin juga bermakna dia adalah remaja pertama merangkul gelaran di ibu negara Argentina itu. – AFP

    Carlos Alcaraz meraikannya dengan trofi selepas memenangi perlawanan akhir ATP 250 Terbuka Argentina menentang British Cameron Norrie di Buenos Aires. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...