Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alcaraz sedia pertahan kedudukan

    MIAMI GARDENS, AMERIKA SYARIKAT, 22 MAC – Pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz bersiap sedia untuk mempertahankan gelaran dan kedudukan teratasnya dalam kejohanan Terbuka Miami minggu ini. Pemain berusia 19 tahun itu mengakui bahawa dia terkejut dengan peningkatan mendadak ke tangga teratas dunia sukan tenis.

    Setahun yang lalu, dia tiba di Miami selepas memenangi kejuaraan di Croatia dan Brazil dengan harapan untuk menonjolkan kemampuannya di atas gelanggang tenis.

    Kemenangannya di South Florida membuka lembaran baharu dalam kerjayanya.

    Kemenangannya di Terbuka AS menjadi sorotan utama, menjadikan dia pemain termuda yang menjadi nombor satu dunia. Alcaraz kini kembali ke Miami selepas menang tanpa sebarang kekalahan dalam kejohanan Indian Wells minggu lepas.

    “Semuanya berlaku sangat cepat. Pada saat saya tiba di Miami tahun lalu, saya berada di tangga ke-20 dan setahun kemudian saya datang sebagai nombor satu dunia. Ia adalah sesuatu yang sangat istimewa. Saya telah mencapai impian saya lebih cepat dari yang saya jangkakan,” katanya kepada wartawan semalam.

    “Saya tidak merasakan tekanan terlalu banyak. Saya tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya perlu bermain dengan tenang dan tidak risau jika saya kalah atau bermain dengan baik atau tidak,” katanya.

    “Sasaran saya sentiasa sama. Untuk berasa selesa di atas gelanggang tenis. Menikmati permainan dan cuba mempunyai pemikiran yang baik semasa bermain. Itulah sebabnya saya bermain pada tahap yang baik. Saya menikmati setiap saat dan bermain dengan tenang. Itulah yang saya fikirkan di atas gelanggang,” tambahnya. – AFP

    Alcaraz meraikan kejayaan selepas menewaskan Medvedev. – AP perlawanan akhir perseorangan lelaki pada kejohanan tenis Terbuka BNP Paribas. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda