Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Alec Baldwin didakwa atas tuduhan membunuh

    Pelakon Alec Baldwin telah didakwa atas tuduhan membunuh – sekali lagi – berhubung penggambaran maut 2021 di set filemnya, Rust, menurut dokumen mahkamah yang difailkan pada Jumaat lalu.

    Baldwin memegang Colt .45 semasa sesi latihan untuk filem bajet rendah di New Mexico ketika dia melepaskan tembakan tersebut, membunuh seorang sinematografer, Halyna Hutchins dan mencederakan pengarah, Joel Souza.

    Baldwin, yang juga merupakan penerbit filem itu, telah berulang kali menafikan dirinya bertanggungjawab ke atas insiden Oktober 2021 itu, menegaskan dia tidak menarik picu pada pistol, yang dalam apa jua keadaan, sepatutnya diisi dengan peluru kosong yang tidak boleh membawa maut.

    Perkembangan tersebut menandakan percubaan terbaharu untuk menahan individu yang dipertanggungjawabkan ke atas episod yang membawa maut itu, yang menggemparkan seluruh Hollywood dan membawa kepada gesaan untuk mengetatkan peraturan mengenai senjata api di set penggambaran.

    Pertuduhan awal pembunuhan terhadap Baldwin telah digugurkan pada April tahun lalu, disebabkan oleh apa yang dipanggil oleh pendakwa raya sebagai ‘fakta baharu’ yang menuntut ‘penyiasatan lanjut dan analisis forensik’.

    “Kami menantikan hari kami di mahkamah,” kata peguam Baldwin, Luke Nikas dan Alex Spiro dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP pada Jumaat lalu.

    Baldwin dilaporkan berdepan hukuman penjara sehingga 18 bulan jika disabitkan dengan pertuduhan baharu itu. – AFP

    Baldwin semasa menghadiri Gala ulang tahun ke-50 Sekolah Seni NYU Tisch di Jazz di Dewan Frederick P Rose Lincoln Center, pada 4 April 2016, di New York. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...