Wednesday, March 12, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alec Baldwin merungut penthouse terlalu kecil, sesak

    Tindakan pelakon Alec Baldwin merungut mengenai kediaman mewahnya yang dianggap terlalu kecil mengundang kecaman ramai.

    Menerusi program realiti The Baldwins, Alec memberitahu kediaman jenis penthouse di New York yang bernilai AS$16 juta itu terasa sesak dengan kehadiran tujuh orang anak-anaknya.

    Walaupun memiliki keluasan 6,086 kaki persegi, namun pelakon berusia 67 tahun itu merasakan ia tidak cukup luas untuk keluarganya.

    Disebabkan perkara itu, ramai mengkritik kenyataan pelakon itu dan menyifatkannya sebagai tidak bersyukur dengan apa dimilikinya.

    Malah ramai meminta Alec untuk merenung berapa ramai keluarga lain terpaksa tinggal dalam ruang lebih kecil dan tidak selesa.

    “Saya dan isteri membesarkan tiga orang anak di rumah seluas 1,300 kaki persegi dengan hanya tiga bilik tidur dan sebuah bilik mandi.

    “Saya tertanya-tanya jika awak akan bertahan di rumah saya seluas 1, 400 kaki persegi ini. Tak tahu bersyukur!,” komen warganet.

    Rancangan realiti The Baldwins yang memaparkan kehidupan keluarganya turut dikritik kerana dianggap sebagai usaha memulihkan imej Alec selepas terbabit kontroversi di set filem Rust. – Agensi

    Alec memberitahu penthouse mewahnya sempit dan tidak selesa. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda