Saturday, March 29, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alexander-Arnold semakin hampir berpindah ke Bernabeu

    LONDON, 26 MAC – Trent Alexander-Arnold semakin hampir membuat perpindahan ke Real Madrid apabila kontraknya bersama Liverpool tamat pada hujung musim ini, menurut laporan kelmarin.

    Permain pertahanan itu sudah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Bernabeu secara perpindahan percuma dan rundingan antara pemain berusia 26 tahun dengan kelab gergasi Sepanyol difahamkan sedang membuat kemajuan.

    Pemain kebangsaan England, yang merupakan dari pemain akademi Liverpool dan sudah berada di kelab Liga Perdana Inggeris itu selama lebih dua dekad, boleh mengadakan rundingan dengan kelab luar negara sejak Januari.

    Alexander-Arnold membuat penampilan bersama Liverpool sebagai pemain remaja berusia 18 tahun pada 2016.

    Pemain bek kanan itu pernah menjuarai gelaran Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Dunia Kelab bersama kelab zaman kanak-kanaknya dan kini berada di landasan untuk menambah gelaran liga kedua pada musim ini, dengan pasukan bimbingan Arne Slot ketika ini berada 12 mata di hadapan di puncak liga.

    Alexander-Arnold merupakan salah seorang daripada tiga tonggak Liverpool yang kontrak mereka bakal tamat pada hujung musim, dengan masa depan Mohamed Salah dan Virgil van Dijk masih belum pasti.

    Alexander-Arnold ketika ini disisihkan dengan kecederaan buku lali dan terlepas aksi semasa kekalahan Liverpool di tangan Newcastle dalam saingan akhir Piala Liga awal bulan lalu.

    Sementara itu, Liverpool enggan memberikan sebarang komen mengenai laporan tersebut.- AFP

     

    Rundingan antara pemain berusia 26 tahun dengan kelab gergasi Sepanyol difahamkan menunjukkan kemajuan.- AP

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda