Thursday, March 6, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah dibanjiri di Brisbane

    BRISBANE, 5 MAC – Siklon Tropika Alfred mungkin mengakibatkan banjir melanda kira-kira 20,000 rumah di Bandar Brisbane Australia sahaja, pihak berkuasa memberi amaran kelmarin.

    Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW), lapor agensi Anadolu (AA), memetik Perbadanan Penyiaran Australia.

    Majlis Bandar Raya Brisbane memberi amaran, kira-kira 20,000 rumah di Brisbane sahaja berisiko mengalami impak ribut dan banjir yang berkaitan dengan siklon itu.

    “Hartanah mungkin mengalami apa-apa sahaja daripada halaman rumah digenangi air hingga banjir yang memasuki rumah mereka,” kata Datuk Bandar Brisbane, Adrian Schrinner.

    Ribut dijangka memuncak pada Khamis.

    Polis dan perkhidmatan kecemasan mula mengadakan lawatan dari rumah ke rumah di kawasan tanah rendah di sepanjang pantai tenggara Queensland.

    Dengan sistem kategori dua yang diramalkan akan mengekalkan kekuatannya, siklon itu berkemungkinan melanda pada lewat Khamis atau awal pagi Jumaat.

    “Siklon itu semakin kuat dan semua maklumat menunjukkan ini sesuatu yang perlu kita ambil serius,” kata Premier Queensland, David Crisafulli. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda